Kes Md Desa bin Hashim lwn Pendakwa Raya : Pengakuan Salah
Posted on Sunday, December 16, 2012 by Unknown
Entri pada kali ini adalah
berkaitan keboleh terimaan pengakuan salah yang dibuat oleh tertuduh dalam
mensabitkannya dengan suatu kesalahan yang didakwa ke atasnya. Pengakuan salah
yang dibuat mampu memberi impak yang besar dalam perjalanan sesebuah kes dimana
apabila suatu pengakuan salah dibuat, maka prosese mahkamah dalam mengendalikan
kes tersebut akan disingkatkan iaitu dengan terus mensabitkan kesalahan
tersebut ke atas tertuduh. Namun demikian, kerap kali timbul isu berkaitan pengakuan salah yang telah
dibuat, iaitu apabila wujudnya tekanan oleh pihak-pihak tertentu dalam
mempengaruhi seseorang untuk membuat satu pengakuan bersalah, dalam hal ini,
mahkamah perlu berperanan dalam memastikan bahawa penerimaan pengakuan bersalah
seseorang itu hanya diterima pabila ianya dibuat mengikut prosedur dan
peruntukkan yang telah ditetapkan. Di
sini diserta kan satu kes untuk dijadikan rujukan berkaitan penerimaan pengakuan
salah yang dibuat dan bagaimana pendekatan mahkamah dalam menerimanya bagi
mensabitkan tertuduh dengan suatu kesalahan yang didakwa terhadap tertuduh.
Kes yang akan
saya sertakan disini adalah kes di peringkat mahkamah persekutuan iaitu antara
Md Desa bin Hashim lwn. Pendakwaraya [1995] 3 MLJ 350. Faktanya adalah seperti
berikut. Perayu telah membuat rayuan terhadap sabitannya oleh Mahkamah Tinggi
di Kangar atas dua pertuduhan yang dipinda di bawah ss 57(1)(a) dan (b) Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 masing-masing, kerana mempunyai dalam kuasanya
sepucuk pistol dan tujuh butir peluru. Perbicaraan perayu telah dijalankan
mengikut peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Kes-Kes Keselamatan)
(Pindaan) 1975 (‘PPKK’). Rayuan ini berdasarkan kebolehterimaan dua pernyataan
yang dibuat oleh perayu pada 1 September 1988 yang menunjukkan bahawa beliau
adalah bersalah.
Pernyataan
pertama dibuat oleh perayu semasa soal siasat oleh Insp Zamri (‘SP1’), yang
telah merekodkan pernyataan itu di dalam sebuah diari. Semasa pemeriksaan balas
SP1, cadangan telah dikemukakan kepadanya bahawa perayu telah diserang semasa
soal siasat dan juga telah didorong untuk memberi keterangan supaya pihak polis
melepaskan adiknya yang telah ditangkap sebelumnya. Pernyataan kedua telah
dibuat tidak lama selepas pernyataan pertama itu semasa penemuan pistol dan
amunisi di tempat yang disebut oleh perayu dalam pernyataan pertamanya.
Perayu menafikan bahawa beliau telah membuat dua
pernyataan tersebut yang menunjukkan bahawa beliau bersalah dan menafikan
bahawa beliau telah membawa polis ke tempat penemuan ekshibit itu. Walau
bagaimanapun, hakim perbicaraan telah membenarkan dua pernyataan tersebut,
bergantung pada s 27 Akta Keterangan 1950 (‘Akta itu’), kerana mereka merupakan
maklumat yang telah membawa kepada penemuan suatu fakta. Hakim mendapati beliau
bersalah dan telah menjatuhkan hukuman mati mandatori. Perayu telah membuat
rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.
Hakim dalam kes ini telah mebenarkan rayuan
tersebut berdasarkan beberapa hujahan antaranya adalah, untuk suatu pengakuan
salah atau kenyataan atau maklumat layak diterima di bawah s 27, ia mestilah
dibuat secara sukarela. Suatu penemuan yang dibuat sebagai akibat suatu
pengakuan salah yang diperolehi secara haram mengikut makna s 24 Akta itu tidak
boleh diterima. Di mana cabaran dibuat tentang kesukarelaan sesuatu maklumat
itu, adalah sangat mustahak bahawa hakim perbicaraan mesti menentukan isu itu
di dalam voire dire.
Selain itu,hakim mahkamah persekutuan turut
berpendapat bahawa beban membuktikan sehingga melampaui keraguan munasabah
bahawa pengakuan salah dibuat secara sukarela dipikul oleh pihak pendakwa.
Ujian untuk menentukan kesukarelaan adalah separuh objektif dan separuh
subjektif. Rukun kebolehterimaan yang terkandung di dalam s 27 adalah suatu
kekecualian kepada larangan di dalam ss 25 dan 26 tetapi ketiga-tiga seksyen
ini dikuasai dan tertakluk kepada s 24. Di sini, terdapat keterangan yang
mencukupi untuk mewujudkan syak yang munasabah bahawa pernyataan pertama dibuat
secara paksaan yang tak sah dan oleh itu adalah tidak sukarela. Adalah menjadi
kewajipan hakim untuk menentukan isu kesukarelaan dengan mengadakan ‘voire
dire’ apabila terdapatnya sedikit tanda kesalahan. Isu ini tidak
dipertimbangkan oleh hakim perbicaraan dan ini merupakan ketakarahan yang
merupakan suatu salah arah. Suatu salah arah diri sendiri oleh hakim dianggap
sebagai salah arah daripada hakim kepada juri. Salah arah itu telah
mengakibatkan keterangan tidak boleh terima dibenarkan di dalam perbicaraan dan
ia telah membentuk asas sabitan itu dan, dengan demikian, membawa kepada salah
laksana keadilan yang berat.
Pernyataan
kedua juga tidak boleh diterima kerana ia telah dibuat sejurus selepas pernyataan
pertama dan pihak pendakwa telah gagal membuktikan sehingga melampaui keraguan
munasabah bahawa semua kesan dorongan telah disingkir pada masa ia dibuat.
Lagipun, oleh kerana penemuan itu tidak dibuat sebagai akibat pernyataan kedua
itu, ia jelas tidak boleh diterima di bawah s 27.
Di akhir
penghakimannya, hakim mahkamah persekutuan tersebut menyatakan bahawa walaupun
penghujahan tiada kes untuk dijawab tidak dibuat pada penutup kes pihak
pendakwa, ia adalah kewajipan mahkamah untuk bercampur tangan dan membetulkan
sebarang salah laksana keadilan yang mungkin diakibatkan. Di sini, hakim
perbicaraan tidak sepatutnya memanggil perayu untuk membuat pembelaannya tetapi
seharusnya membebaskan beliau atas kedua-dua tuduhan itu pada penutup kes pihak
pendakwa meskipun bahasa peraturan 13 PPKK tidak bermaksud demikian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 Response to "Kes Md Desa bin Hashim lwn Pendakwa Raya : Pengakuan Salah"
Can I know if section 27 is subject to section 24 of Evidence Act?
Section 27 appear to be an exception to section 24 to 26 which state that involuntary confession of an accused in police custody is irrelevent unless it is made in the immediate presence of a session Judge or Magistrate or words to that effect.It allowed evidence of information given by the accused,which is distinctly related to the fact discovered to be admissible.
Klu pengakuan salah atas sebb penindasan or elemen lain yg sama waktu dgnnya, apa yang akan jadi pada tertuduh? Adakah dilepaskan atau diringankan hukuman, atau ditangguh kes sampai dapat pengakuan salah secara sukarela?
Leave A Reply