Welcome to Prima Facie Blog! Flying Bat

Kontroversi Seksyen 114A Akta Keterangan Malaysia


Kontroversi Seksyen 114A Akta Keterangan Malaysia


Seksyen 114A telah mencetuskan kontroversi terhadap perundangan Malaysia. Merujuk kepada Akta  Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012, akta induk dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 114 seksyen 114A:

 ------------------------------------------------------------------------------
 “Presumption of fact in publication”

114A. (1) A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.

(2) A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.

(3) Any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved.

(4) For the purpose of this section—

(a) “network service” and “network service provider” have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and
(b) “publication” means a statement or a representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical, acoustic or other form displayed on the screen of a computer.”.

------------------------------------------------------------------------------ 

Niat penggubal memasukkan Seksyen 114A bertujuan untuk ke dalam Akta 56 untuk mengadakan peruntukan bagi anggapan fakta dalam penyiaran untuk memudahkan pengenalan dan pembuktian identiti seseorang yang namanya tidak diketahui yang terlibat dalam penyiaran melalui internet.

Namun, seksyen ini telah mendapat tentangan hebat daripada masyarakat umum. Isu seperti akaun perkhidmatan rangkaian media sosial (Social Networking Service – SNS) yang mudah diceroboh oleh penggodam internet telah menyebabkan kebimbangan kepada masyarakat umum terhadap cara penguatkuasaan seksyen 114A itu sendiri yang bakal menyaksikan orang awam yang tidak bersalah menjadi mangsanya. Penyedia Perkhidmatan Internet dan rangkaian juga berdepan risiko apabila seksyen 114A ini berkuat kuasa sekiranya penjenayah yang sebenar tidak dapat dikesan. 

Perbincangan ini berfokuskan pada 2 perspektif, iaitu pandangan umum sebagai orang biasa (layman) dan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) serta dari sudut kerajaan sebagai penggubal undang-undang.


Signifikan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 (Perspektif Kerajaan Sebagai Penggubal Undang-Undang)



Seperti yang dilaporkan di akhbar Utusan Malaysia pada 19/04/2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 berkata, penggunaan nama samaran ataupun ketanpanamaan oleh mana-mana pihak untuk melakukan jenayah siber menyukarkan tindakan diambil terhadap mereka. Justeru, Akta Keterangan 1950 perlu dipinda bagi menangani isu ketanpanamaan internet. Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran. Akta Keterangan terpaksa dipinda supaya dapat mendakwa dan mentaksirkan kesalahan kepada mereka yang menggunakan nama samaran. Penggunaan internet membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan masalah ketanpanamaan pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani jenayah siber dilakukan melalui internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat. Hal ini kerana pelbagai teknik digunakan oleh penjenayah untuk menyembunyikan identiti dan ada kalanya mustahil untuk menentukan punca sebenar sesuatu e-mel atau komunikasi elektronik yang lain. Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya kesalahan jenayah dilakukan, dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung. Justeru, tujuan peruntukan anggapan berasaskan owner-onus principle adalah untuk meringankan beban pembuktian berhubung dengan fakta tertentu. Bagaimanapun, pihak pendakwa raya yang ingin bersandar kepada peruntukan anggapan mesti membuktikan terlebih dahulu kewujudan fakta-fakta tertentu sebelum anggapan boleh dibuat terhadap seseorang.

Pindaan pada Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkan pindaan pada Fasal 2 yang bertujuan menggantikan tarif komputer dengan takrif komputer yang baru yang lebih komprehensif dan selaras dengan takrif komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997. Sementara itu, Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut memperuntukkan supaya memasukkan seksyen baru 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet.


Kebimbangan Pihak Bertanggungan Secara Tidak Langsung – Masyarakat Umum & Penyedia Perkhidmatan Internet.

“Penggunaan internet membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan masalah ketanpanamaan pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani jenayah siber dilakukan melalui internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat. Hal ini kerana pelbagai teknik digunakan oleh penjenayah untuk menyembunyikan identiti dan ada kalanya mustahil untuk menentukan punca sebenar sesuatu e-mel atau komunikasi elektronik yang lain. Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya kesalahan jenayah dilakukan, dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung.”

(Petikan kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz)
Utusan Malaysia 19 April 2012


Petikan kata-kata di atas sengaja dipetik bagi menggambarkan bagaimana kerisauan yang melanda apabila seksyen 114A ini berkuat kuasa. Bukan hanya orang awam mendapat tempiasnya, malahan pihak-pihak berkepentingan secara tidak langsung seperti pihak penyedia perkhidmatan rangkaian dan media sosial turut terlibat. Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang perbincangan mengenai pengecualian khusus terhadap pemakaian seksyen 114A ini.

Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950 mencetuskan kontroversi kerana pindaan terbaru ini meletakkan beban pembuktian kesalahan kepada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh. Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai A dan melakukan kesalahan di internet, A bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya. Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut. Sesiapa sahaja yang memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain. Malahan, pihak Penyedia Perkhidmatan Internet juga turut terheret sama dalam kancah pemasalahan ini.



Realitinya, pengesanan pengguna akhir yang melakukan jenayah siber amat sukar dan mahal kerana teknologi terkini seperti “spoofing” (iaitu melibatkan alamat protokol Internet palsu ataupun penggunaan pihak yang tidak dikenali untuk menghantar bahan) menyebabkan sukar untuk mengesan pihak yang melakukan pelanggaran hakcipta. Namun, pihak penguatkuasa pastinya berusaha menuntut keadilan dengan membawa tindakan terhadap pihak yang membiarkan terjadinya jenayah siber satu kemungkinan dibawah teori tanggungan sekunder seperti penyedia perkhidmatan yang telah lama diaplikasikan dalam kes pelanggaran hakcipta.  Tanggungan ini dirintis menerusi kes A&M Records Inc v Napster Inc yang didapati bersalah kerana menyumbang terhadap pelanggaran hakcipta oleh penggunanya yang berkongsi fail menerusi teknologi rangkaian peer-to-peer (P2P).

Pemahaman mengenai proses yang berlaku semasa pemindahan maklumat adalah amat perlu bagi menentukan pihak yang bertanggungan bagi pelakuan jenayah siber. Menerusi proses transaksi berasaskan Internet, permintaan menerusi sistem komputer yang dilakukan oleh pengguna akan dihantar terus ke perkakasan penyedia perkhidmatan Internet (ISP). Kemudian, perisian akan menjana arahan bagi melakukan penyalinan yang seperti yang dikehendaki oleh pengguna. Proses transaksi adalah seperti berikut:





Apa yang menimbulkan persoalan di sini adalah sama ada proses yang berlaku ini menunjukkan para pengguna mengawal perisian yang beroperasi dalam sistem ISP dan bertanggungjawab dengan pemindahan ataupun pemindahan yang dioperasikan oleh perisian yang berada dalam milikan dan kawalan sepenuhnya ISP membolehkan ISP bertanggungjawab atas pemindahan yang berlaku.

Disebabkan pengesanan pengguna akhir yang melakukan jenayah siber merupakan sesuatu yang sukar dan mahal, maka menerusi interpretasi sempit terhadap seksyen 114A pihak penguatkuasa pastinya bakal mengambil langkah mudah mengambil tindakan terhadap ISP dan hal ini tidak memberikan keadilan mutlak kepada ISP. Persoalannya sekarang, pihak manakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap jenayah siber yang berlaku disebabkan pihak lain dan sekiranya bertanggungan, apakah dalihan yang boleh digunakan untuk mengelakkan daripada tanggungan perundangan?


Tanggungan ISP Menurut Akta Komunikasi dan Multimedia dan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Pemberi perkhidmatan capaian Internet di Malaysia merupakan operator berlesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (CMA) dan lesen yang diberikan tertakluk kepada syarat yang mesti dipenuhi. Aktiviti penyedia perkhidmatan juga tertakluk pada peruntukan dalam CMA. Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) memerlukan pemberi perkhidmatan capaian Internet “mematuhi dan menyertakan syarat dan peraturan di dalam kontrak dan notis undang-undang mengenai syarat-syarat penggunaan dengan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mereka” (Bahagian 5 perkara 7.1). Syarat-syarat tersebut termasuklah (a) Pelanggan mestilah mematuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh undang-undang Malaysia termasuklah, tetapi tidak terhad kepada Kod ini dan mestilah tidak mengandungi kandungan yang dilarang atau kandungan yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia; (b) pemberi perkhidmatan capaian Internet berhak menarik balik capaian jika seseorang pelanggan yang melanggar perkara yang dinyatakan dalam (a); dan (c) pemberi perkhidmatan capaian Internet mestilah mempunyai hak untuk menyekat capaian atau membuang Kandungan yang dilarang dengan syarat sekatan atau penyingkiran tersebut mengikut tatacara aduan yang terdapat didalam Kod ini”.

Di dalam CMCF juga ada dinyatakan mengenai pemberi hos kandungan Internet. Pemberi hos kandungan Internet ditafsirkan sebagai pembekal yang hanya memberi capaian kepada kandungan yang bukan dihasilkan ataupun dikumpul sendiri tetapi dimuatkan di tapak kemudahannya. Melihat kepada tafsiran ini serta tafsiran liberal dalam seksyen 114A Akta keterangan 1950, Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) berdepan risiko besar untuk diambil tindakan undang-undang kerana menerusi CMCF dan seksyen 114A, tafsiran luas telah diberikan terhadap pengumpulan kandungan di tapak kemudahannya. Secara tidak langsung, ISP akan dikira sebagai penyumbang kepada berlakunya jenayah siber sekiranya pihak penguatkuasa gagal mengesan pelaku jenayah sebenarnya.

            Pemberi Hos Kandungan Internet (PHKI) ialah orang yang hanya berupaya menyediakan laluan kepada kandungan yang bukan dicipta atau dikumpul sendiri, tetapi mempunyai perkhidmatan kemudahan hos di tapak kemudahahnnya sendiri. PHKI mestilah menyertakan syarat dan peraturan dalam kontrak dan notis undang-undang mengenai syarat-syarat penggunaan kepada pengguna dan pelanggan perkhidmatan yang disediakan. Syarat-syaratnya adalah;

(a)        Pengguna dan pelanggan mestilah mematuhi keperluan di dalam undang-undang Malaysia termasuklah (tetapi tidak terhad kepada) Kod ini dan tidak menyediakan kandungan yang dilarang atau apa jua kandungan yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia;

(b)        PHKI mempunyai hak untuk menarik balik perkhidmatan hos dalam keadaan di mana pengguna atau pelanggan melanggar syarat (a) di atas; dan

(c)        PHKI mempunyai hak untuk menyingkirkan sebarang kandungan yang dilarang dengan syarat penyingkiran tersebut selaras dengan tatacara aduan yang terkandung dalam Kod.

Apabila Biro Aduan memberitahu PHKI bahawa pengguna atau pelanggannya memuat naik kandungan yang dilarang, dan PHKI berjaya mengenal pasti pelakunya, PHKI harus mengambil langkah yang berikut:

(a)        Dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh pemberitahuan, maklumkan kepada pengguna atau pelanggan supaya mengeluarkan kandungan yang dilarang tersebut.
(b)        Menetapkan jangka masa membolehkan pelanggan menyingkirkan kandungan yang dilarang iaitu diantara 1 hingga 24 jam dari masa notis pemberitahuan.
(c)        Jika pelanggan tidak menyingkirkan kandungan yang dilarang dalam jangkamasa yang ditetapkan, PHKI mempunyai hak untuk untuk membuang kandungan tersebut.

Melalui seksyen 98 (2) CMA “Pematuhan suatu kod industri sukarela berdaftar hendaklah menjadi suatu pembelaan terhadap apa-apa pendakwaan, tindakan atau prosiding daripada apa-apa jenis, sama ada dalam mahkamah atau selainnya, yang diambil terhadap seseorang (yang tertakluk kepada kod industri sukarela itu) berkenaan dengan suatu perkara yang diperkatakan dalam kod itu”.  Isu mengenai penyiaran bahan yang menjurus kepada jenayah siber atau kandungan yang dianggap sebagai “kandungan yang dilarang atau kandungan yang bertentangan dengan perundangan Malaysia” merupakan perkara yang perlu ditafsir. Jika ia dianggap sedemikian dan penyedia perkhidmatan akses Internet mengeluarkan akses kepada pengguna atau menyekat akses kepada atau menghapuskan kandungan tertentu, objektif bagi menangani jenayah siber akan tercapai. Apakah jika penyedia perkhidmatan akses Internet menolak atas alasan bahawa ia bukannya tribunal penghakiman untuk menentukan sama ada kandungan yang dibuat aduan memang menjurus kepada pelakuan jenayah siber?


Rumusan

Penggubalan seksyen 114A Akta Keterangan Malaysia dilihat usaha positif kerajaan bagi menangani jenayah siber yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Namun begitu, sesuatu yang baru pastinya ada lacuna atau kelompangannya. Penulis mencadangkan agar tafsiran terhadap seksyen 114A perlu dilihat secara liberal yakni seksyen 114A ini perlu dibaca sekali dengan peruntukan-peruntukan lain yang telah berkuat kuasa serta mantap dari segi pelaksanaannya. Sebagai contoh, seksyen 114A perlu dibaca sekali dengan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) yang melibatkan juga kepentingan Penyedia Perkhidmatan Internet. Seksyen 114A ini dilihat terlalu umum sehingga sampai ke satu tahap pihak yang tidak bersalah juga turut diambil tindakan. Pengalihan tanggungan liabiliti kepada pihak yang secara tidak langsung terbabit dengan pelakuan jenayah siber sebenarnya mencetuskan ketidakjelasan terhadap penguatkuasaan peruntukan seksyen ini. 

            Pengaplikasian konsep “Take Down Notice” yang diaplikasikan dalam perundangan di Amerika Syarikat dalam menyekat kandungan internet yang menyalahi perundangan boleh diambil kira sebagai cadangan penambahbaikan. Satu badan yang memantau kandungan internet (sebagai contoh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia – SKMM) selepas mendapat aduan orang awam perlu memaklumkan kepada pihak yang terlibat tentang penyiaran bahan pelanggaran perundangan yang berlaku di akaun blog / laman mereka. Sekiranya bahan tersebut masih ada, maka di sini barulah tindakan perundangan boleh diambil kepada pemilik blog, pihak yang membuat penyiaran tersebut. Mekanisme ini dilihat lebih wajar dan praktikal untuk dilakukan di Malaysia. 




             Pengalihan tanggungan liabiliti terhadap pihak yang secara tidak langsung terbabit dengan apa-apa penyiaran yang menjurus kepada pelakuan jenayah siber seharusnya perlu ada batasan criteria pihak yang bertanggungan. Penggunaan konsep “semua pihak bertanggungan” perlu dilihat dari sudut realiti. Manusia pastinya akan sering kali terlepas pandang dalam sesuatu hal atau tidak dapat mengawal semua perkara dalam satu-satu masa yang di luar jangkauan kita. Sebagai contoh, komen seseorang blogger terhadap sesuatu post dalam blog kita. Sekiranya komen blogger tersebut berbaur hasutan dan pengesanan blogger yang membuat komen tersebut gagal, menurut seksyen 114A, kitalah pihak yang bertanggungan. Di sini, pengawalan terhadap komen blogger mungkin mudah dilakukan sekiranya komen yang dibuat tidak banyak, namun sekiranya banyak komen diberikan, adakah kita sebagai pemilik blog tersebut dapat menjamin tidak akan terlepas pandang terhadap komen yang berbaur hasutan tersebut? Kesemuanya berbalik kepada pengaplikasian secara realiti dalam keadaan semasa. Pemilik blog sebagai pihak bona fide seharusnya tidak diletakkan beban pembuktian bahawa dia bersalah. Perkara mengenai pengalihan tanggungan liabiliti dan beban pembuktian perlu dilihat secara saksama. Mekanisme pelaksanaan perlu dilakukan secara rasional dan bukan hanya bersandarkan kepada aspek teknikal sahaja kerana kegagalan mengaplikasikan dalam situasi dunia sebenar menyebabkan ramai pihak yang tidak bersalah menjadi mangsa dan sekali gus obektif perundangan untuk memberikan keadilan sejagat tidak terlaksana.


(Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis)


Kebolehterimaan maklumat daripada tertuduh di bawah seksyen 27 Akta Keterangan


Polis           : “mana awak barang tu.”
Tertuduh     : “saya tak tahu la encik.”
Polis           : “baik awak bagitau, kalau awak bagitau kami janji akan lepaskan awak. Cuma kawan-kawan awak yang kan didakwa.”
Tertuduh    : “betulke encik? Barang tu kawan saya letak ada dekat dalam almari sebelah atas rasanya.”

Sering kita akan dengar dialog ini sama ada dalam filem yang membabitkan kes jenayah mahupun dalam penyiasatan pihak polis secara realitinya. Ada di antara tertuduh memberi maklumat seperti itu setelah pihak polis memberi harapan yang berlebihan mereka, ada juga yang memberi maklumat ini setelah dipujuk oleh pihak polis atau setelah dipaksa untuk memberi maklumat kepadanya.

Pihak polis dan pihak pendakwaan sering menggunakan maklumat yang diberikan oleh tertuduh ini sebagai keterangan untuk mewujudkan satu kes prima facie dalam kes pendakwaan mereka walaupun maklumat yang diberikan itu diperoleh setelah memberi satu janji kepada tertuduh namun tidak pernah menunaikannya. Bagi orang biasa, mungkin mereka melihat maklumat ini sebagai satu yang boleh diterima oleh mahkamah kerana mereka tidak mengetahui status maklumat ini dan juga tidak mengetahui bagaimana maklumat ini diperoleh. Bagi mereka cukuplah ada bukti atau keterangan daripada tertuduh yang menunjukkan seolah-olah tertuduh memang melakukan kesalahan jenayah terbabit.

Di sini, mari kita lihat kedudukan maklumat ini berdasarkan seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Mungkin artikel ini tidak akan menggambarkan secara keseluruhan bagaimana maklumat ini diterima, namun artikel ini akan memberi sedikit gambaran bagaimana maklumat sebegini boleh diterima oleh mahkamah atau sebaliknya. Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan ;
GAMBAR SEKADAR HIASAN. TIADA KENE MENGENA DENGAN SAMA ADA HIDUP ATAU TELAH MENINGGAL DUNIA
GAMBAR SEKADAR HIASAN. TIADA KENA MENGENA DENGAN SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAU TELAH MENINGGAL DUNIA

“apabila sesuatu fakta dideposkan sebagai telah didapati hasil daripada maklumat yang diterima daripada orang yang dituduh melakukan kesalahan semasa dalam jagaan pegawai polis, maka sekian banyak daripada maklumat itu yang jelas berhubungan dengan fakta yang didapati secara demikian boleh dibuktikan sama ada maklumat itu terjumlah kepada pengakuan salah atau tidak.”

Berdasarkan seksyen ini, sesuatu maklumat yang diberi oleh tertuduh sama ada secara sukarela mahupun tidak atau sama ada merupakan satu pengakuan salah atau tidak, tidak relevan dalam menetukan keboleterimaannya. Apa yang penting adalah maklumat yang diberikan itu secara jelas membawa kepada penemuan sesuatu objek akan membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan maklumat terbabit sebagai keterangan di bawah seksyen 27.

Walaupun, Sesuatu maklumat itu diberi secara sukarela atau tidak, tidak menjadi masalah dalam menerima keterangan ini dibawah seksyen 27 Akta keterangan, namun mahkamah sering memberi amaran terhadap pelaksanaan pihak pendakwaan sekyen ini. Pihak mahkamah masih perlu memastikan kredibiliti maklumat yang diberikan tertuduh ini sebelum menerimanya di bawah seksyen 27 Akta Keterangan supaya ianya tidak terdedah kepada penyalahgunaan. Dalam kes Pang Chee Meng v PP [1992] 1 MLJ 137, Tun Hamid Omar LP, menyatakan;

“We are not suggesting that the practice by the local police is the same as in India, nevertheless we are firmly of the view that invoking section 27 the courts should ensure the credibility of evidence by police personnel in respect of the section, which is so vulnerable to abuse. In this case the police evidence was unsatisfactory and created a doubt in the thoroughness of the police investigation.”

Walaupun jika dilihat, pihak pendakwaan boleh mengemukakan maklumat tertuduh ini sebagai keterangan tanpa perlu dilihat kepada faktor sukarela atau tidak, mahkamah masih berhati-hati dalam menerima maklumat ini kerana hanya maklumat yang secara jelas membawa kepada penemuan sesuatu “fakta” sahaja boleh diterima di bawah seksyen ini.

Dalam kes Shah Rizan bin Sulong v PP, Mahkamah Rayuan dalam menolak penerimaan maklumat di bawah seksyen 27 ini, menegaskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah gagal untuk menyatakan di dalam alasan penghakimannya sama ada beliau menerima maklumat perayu kepada SP6 dibawah seksyen 27 Akta Keterangan atau di bawah seksyen 37A Akta Dadah Berbahaya 1952. Hakim Mahkamah Rayuan memetik penghakiman oleh James Foong HMR di dalam kes Y Jeyamuraly Yesiah v. PP [2007] 5 CLJ 605, dimana James Foong HMR menyatakan ;

“Tidak ada apa-apa rujukan sama ada secara langsung atau sebaliknya oleh hakim bicara di dalam alasan penghakimannya yang menunjukkan bahawa beliau telah menerima-masuk keterangan berkenaan di bawah seksyen 27 EA. Jika beliau berbuat demikian, eliau tentu akan membuat satu dapatan positif di dalam alasan penghakimannya berkaitan maklumat yang diterima yang membawa kepada penemuan fakta yang dikatakan. Dan untuk mencapai keputusan sedemikian, beliau tentu akan menyelidik soalan yang ditanyakan oleh pegawai polis yang membawa kepada maklumat yang didedahkan itu. Ini perlu bagi memastikan bahawa maklumat yang diterima ada hubungkait dengan soalan yang ditanya. Oleh kerana tiada petunjuk bahawa langkah berhati-hati sedemikian diambil oleh hakim bicara, maka beliau tidak menerima keterangan berkenaan melalui seksyen 27 EA.”

Jika dilihat pada penghakiman ini, walaupun hakim menyatakan tiada sebarang rujukan oleh mahkamah sebelumnya mengenai penerimaan maklumat di seksyen 27 Akta Keterangan, namun di sebalik keputusan itu adalah, hakim menegaskan bahawa kegagalan hakim mahkamah sebelum itu untuk memeriksa sama ada soalan yang ditanyakan oleh pihak polis membawa kepada maklumat yang didedahkan itu, menyebabkan maklumat itu tidak boleh diterima di bawah seksyen 27. Ini kerana tidak dibuktikan bawah soalan polis kepada tertuduh yang membawa kepada maklumat yang didedahkan itu.

Dalam kes ini juga, hakim telah menyatakan bahawa;

“ Hakim Mahkamah Tinggi telah gagal untuk mengarahkan diri beliau tentang faktor prejudis atau harapan yang berlebihan (legitimate expectation) yang telah diberikan oleh SP6 sebagai seorang yang berkuasa. Tidak dinafikan bahawa tidak wujud keterangan bahawa perayu berada dalam ketakutan pada masa itu tetapi, pada hemat kami, HMT telah terkhilaf apabila gagal mengarahkan diri beliau terhadap keadaan minda perayu yang pada masa itu telah ditangkap dan di bawah tahanan polis.”

Mahkamah rayuan turut memutuskan bahawa penerimaan maklumat perayu oleh HMT melalui cara yang SP6 gunakan adalah satu cara yang  menindas dan bertentangan dengan taraf-taraf kewajaran.

Dalam kes, PP lwn. MAZLAN MUSTAFFA, hakim Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan tertuduh untuk menerima maklumat daripada tertuduh di bawah seksyen 27 Akta Keterangan atas alasan (1) beliau mendapati keterangan itu telah diperolehi secara 'menindas dan melalui pujukan' dan (2) beliau mencurigai bahawa ayat dalam P43 tersebut adalah perkataan-perkataan atau maklumat daripada tertuduh.

Edgar Joseph Jr SCJ di dalam kes Hasibullah bin Mohd Ghazali v. Public Prosecutor [1993] 4 CLJ 535, menyatakan bahawa ;

“(5) Sekalipun diandaikan yang perayu telah membuat pengakuan yang didakwa itu, Hakim perbicaraan yang bijaksana tersebut telah tersilap apabila memutuskan bahawa pengakuan tersebut dibuat secara sukarela di mana dalam memutuskan yang tertuduh mestilah menunjukkan yang dia diletakkan di bawah ketakutan untuk membolehkan pernyataan tersebut berhasil, Hakim yang bijaksana tersebut telah menterbalikkan beban membukti dan tidak memperdulikan keperluan bahawa pihak pendakwa perlu membuktikan di luar keraguan yang munasabah bahawa pengakuan
tersebut adalah dibuat secara sukarela.
(6) Dalam memutuskan sama ada atau tidak sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang tertuduh diperolehi daripadanya sama ada secara ketakutan atau prejudis atau harapan kelebihan diamalkan atau diberikan oleh seseorang yang berkuasa, yang penting sekali ialah keadaan minda tertuduh. Hakim yang bijaksana tersebut dalam memutuskan bahawa perayu tidak berada dalam ketakutan yang sepertinya yang dikecualikan oleh undang-undang daripada menerima pernyataannya, telah mengecualikan daripada pertimbangan beliau akan keadaan minda perayu dari segala kelemahan dan ketabahan dan sebaliknya menghadkan tumpuan beliau kepada niat Giam.”

Jadi, bagaimana maklumat yang diberikan oleh tertuduh boleh diterima sebagai keterangan di bawah seksyen 27 Akta Keterangan? Dalam kes Shah Rizan bin Sulong v PP, mahkamah rayuan telah menetapkan beberapa prayarat kepada pihak pendakwaan sebelum menerima maklumat yang diberikan oleh tertuduh di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Antara syarat yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan adalah;
1)      Membuktikan perkataan sebenar soalan yang diutarakan oleh pihak polis kepada pesalah,
2)      Membuktikan jawapan sebenar pesalah yang diberikan kepada pihak polis.

Dalam kes PP lwn. MAZLAN MUSTAFFA, mahkamah rayuan telah menyatakan bahawa;

Adalah suatu prinsip undang-undang yang mantap bahawa untuk bergantung kepada maklumat di bawah s. 27 Akta Keterangan, pernyataan itu mestilah dibuat oleh tertuduh sendiri dalam bahasanya sendiri. Perkataan-perkataan yang diucapkan oleh tertuduh haruslah dibuktikan dengan tegasnya dan tidak seharusnya diubah dengan kata-kata lain.”

Berdasarkan dua kes di atas, secara jelas untuk menerima maklumat yang diberikan oleh tertuduh, pihak pendakwaan perlu memastikan bahawa penyataan yang dibuat adalah penyataan yang dibuat sendiri oleh tertuduh dan tidak ditambah oleh pihak polis atau pihak pendakwaan.

Kegagalan pihak pendakwaan untuk membuktikan penyataan yang dibuat adalah penyataan yang dibuat oleh tertuduh akan menyebabkan maklumat terbabit tidak boleh diterima di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Ini dapat dilihat dalam penghakiman oleh Gopal Sri Ram HMR dalam kes Hasamudin Talena v PP [2002] 2 CLJ 504 di mana hakim memutuskan bahawa;

“yang diperkatakan telah dibuat oleh perayu ketika beliau disoal siasat dan ditempat di mana dadah tersebut dijumpa masing-masingnya telah tidak dituliskan sebaik sahaja ianya boleh dipraktikkan. Berhubung kenyataan pertama, tidak terdapat sebarang alasan bagi kegagalan interogator untuk mencatatkan soalan-soalan yang dikemukakan dan jawapan-jawapan yang diterima daripada perayu sama ada ketika disoal siasat atau sejurus selepas itu. Berhubung kenyataan kedua, interogator tersebut sepatutnya telah mencatatkannya secara bertulis dalam diari beliau sebaik sahaja beliau kembali daripada tempat jenayah. Pensabitan perayu yang berdasarkan kepada kedua-dua kenyataan ini, adalah dengan itu sesungguhnya tidak selamat.”

Berdasarkan huraian yang dibuat di atas, dapat disimpulkan bahawa untuk memastikan maklumat yang diperoleh daripada tertuduh boleh diterima di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950, beberapa perkara perlu dipenuhi oleh pihak pendakwaan iaitu;
1)      Membuktikan perkataan sebenar soalan yang diutarakan kepada tertuduh,
2)      Membuktikan perkataan sebenar jawapan yang diberikan tertuduh kepada pihak polis,
3)      Maklumat tidak diperoleh dengan cara menindas,
4)      Maklumat perlu diperolehi dengan tidak melampaui taraf-taraf kewajaran.

Semoga artikel ini dapat membantu masyarakat memahami mengapa sesuatu maklumat yang diberi oleh tertuduh tidak boleh mensabitkan tertuduh dengan kesalahan walaupun ianya seolah-olah menunjukkan tertuduh telah melakukannya. Semoga informasi ini dapat memberi pemahaman kepada  masyarakat supaya tidak bersikap prejudis terhadap sebarang penghakiman yang diberikan oleh mahkamah dan supaya pihak polis lebih berhati-hati dalam mendapatkan maklumat daripada tertuduh.

KONSPIRASI DIBUKTIKAN DALAM KETERANGAN KES


KONSPIRASI DIBUKTIKAN DALAM KETERANGAN KES







Apa itu KONSPIRASI?
Kemasukan entri ini adalah bagi membincangkan dan membuka ruang pengetahuan kepada masyarakat tentang pakatan-pakatan dalam salah laku yang bertentangan dengan undang-undang atau lebih dikenali sebagai satu konspirasi. Konspirasi ialah satu kombinasi atau persetujuan antara dua orang atau lebih untuk melakukan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang atau satu perbuatan yang sah tetapi melalui cara yang salah di sisi undang-undang.

Konspirasi dan undang-undang
1.      Seksyen 120A kanun Keseksaan

“Apabila dua orang atau lebih daripada dua orang bersetuju melakukan, atau menyebabkan supaya dilakukan—
(a)    Suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang;atau
(b)   Suatu perbuatan, yang tidak menyalahi undang-undang, dengan jalan menyalahi undang-undang,
Maka persetujuan yang demikian itu adalah dinamakan pakatjahat jenayah.

2.      Seksyen 10 Akta Keterangan 1950 (Akta 56)

“Jika ada alas an yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berkomplot bersama-sama hendak melakukan satu kesalahan atau suatu perbuatan salah boleh didakwa, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh salah seorang daripada orang-orang itu berkenaan dengan niat bersama mereka selepas niat itu mula-mula diterima oleh salah seorang daripada mereka, adalah suatu fakta relevan terhadap tiap-tiap seorang yang dipercayai berkomplot sedemikian, serta juga bagi maksud membuktikan adanya komplot itu dan juga bagi maksud menunjukkan bahawa mana-mana orang itu telah menjadu pihak dalamnya.”

Huraian-
Pemakaian prinsip konspirasi ini bukan sahaja terpakai dalam prosedur jenayah tetapi juga dalam sivil yakni undang-undang tort. Secara ringkasnya, dalam membuktikan adanya konspirasi, perlulah ada alasan yang munasabah bahawa individu-individu yang dimaksudkan berpakat untuk melakukan satu kesalahan di bawah undang-undang. Pembuktian haruslah berdasarkan niat mereka bersama melalui penyataan yang dibuat oleh salah seorang daripada mereka.



Konspirasi di bawah undang-undang Inggeris

Undang-undang Inggeris memperuntukkan satu penyataan atau perbuatan yang patut dikatakan atau dilaksanakan dalam satu tujuan yang sama. Berbeza dengan seksyen 10 di atas yang memperuntukkan niat yang sama. Seksyen 10 adalah dilihat lebih luas makna pemakaiannya berbanding undang-undang Inggeris di mana ianya boleh lagi diterima mahkamah walaupun selepas pelucutan kewujudan konspirasi dalam suatu kes.
Dalam pendakwaan suatu kes, adalah penting untuk mengemukakan bukti-bukti yang diperoleh oleh pihak pendakwaan daripada sekurang-kurangnya salah seorang daripada pengkomplot dan bukti-bukti itu boleh digunapakai bagi mendakwa terhadap pengkomplot-pengkomplot yang lain. (R v Blake & Tye (1884) 6 QB).
Sebagai contoh, Hakim telah memutuskan dalam kes Mirza Akbar v Emperor AIR 1940 P.C. 176, di mana tiada niat bersama dibuktikan dalam pembunuhan seorang lelaki bernama Ali Akbar iaitu suami kepada Mehr Ali Akbar yang merupakan salah seorang suspek dalam konspirasi yang didakwa itu. Umar Sher yang ditangkap serta-merta selepas melepaskan tembakan kea rah si mati dan melarikan diri sebelum ditangkap mendakwa diupah oleh Mirza Akbar dan mengemukakan beberapa pucuk surat cinta antara Mirza Akbar dan Mehr Ali Akbar. Mahkamah telah memutuskan di bawah seksyen 10, tidak wujud niat bersama dan penyataan yang dikemukakan itu tidak relevan.




Aplikasi isu konspirasi di bawah seksyen 10 UU Keterangan Malaysia

Pemakaian undang-undang Inggeris tidak dilaksanakan di Malaysia tetapi sebaliknya Hakim dalam perbicaraan lebih cenderung membincangkan seksyen 10 dalam statut India di mana ianya pari material (mempunyai persamaan) dengan seksyen 10 Akta Keterangan 1950. Adalah diputuskan oleh Ketua Hakim Thompson di Mahkamah Persekutuan dalam kes Khalid Panjang & Ors v PP [1964] MLJ 108 di mana hakim di mahkamah rendah telah khilaf dengan enggan menerima alasan di bawah kes Mirza Akbar dan telah menyatakan bahawa keputusan kes Mirza itu mengikat mahkamah dan prinsip-prinsip yang diguna pakai jelas terpakai dalam kes Khalid Panjang ini seperti dalam kes Mirza Akbar, bahawa persoalan mengenai bukti dalam bentuk penyataan salah seorang pengkomplot dibuat selepas konspirasi itu adalah lengkap.



Hasil Nukilan Muhamat Sapawi Bin Md Noh ( A126940 ).

Evidence!


What is evidence? People might hear this word but the truth is they don’t know what the exact meaning of evidence is. Evidence is derived from the Latin Word “evident evideria” which means that “to show clearly”, “to make clear”, “to discover clearly”, “to make plainly certain”, “to ascertain” and also “to prove”. In the other words, evidence is a piece of information that supports the conclusion. In Malaysia, the law that governs evidence is Evidence Law 1950.
Evidence can be in any form which as stated below:
a) Direct Evidence
It is evidence which immediately establishes the very fact in issue. Apart from that, direct evidence also establishes a particular fact without the need to make any inference in order to connect the evidence to the fact. For direct evidence, the most commonly known as one of the direct evidence is eyewitness testimony where the witness describe exactly what he saw, heard and experienced. The direct evidence is the most admissible evidence and will be accept by the court.

b) Circumstantial Evidence
It is evidence that may be defined as any fact from the existence of which the judge may infer the existence of a fact in issue. Circumstantial evidence is different with direct evidence where it requires an inference to be made in order to establish a fact and not the evidence direct to the issue. There are few cases which show how the circumstantial evidence being used. In the case of Bakshish Singh v The State of Punjab, the court stated that:
“In a case resting on circumstantial evidence, the circumstances put forward must be satisfactory proved and those circumstances should be consistent only with the hypothesis of the guilt of the accused. Again those circumstances should be of a conclusive nature and tendency and they should be such as to exclude every hypothesis but the one proposed to be proved. In other words, there must be a chain of evidence so far complete as not to leave any reasonable ground for a conclusion consistent with the innocence of the accused and it must be such as to show that within all human probability the act must have been done by the accused.”
In this case, it is clearly that the circumstantial evidence that had been brought as evidence should be a strong evidence and consistent in order for it is been accepted by the court. The circumstantial evidence is like a strand of rope. If one of it being cut off, the strength of the rope can be still strong if the weight of the ropes that had been cut off is a minor one. This is how the circumstantial evidence is being illustrated.

c) Real Evidence
It is evidence in material form produced before the court so as to enable the court to draw its own conclusion or inference by using its own senses. In a simple word, real evidence is evidence that is a tangible object and is often used interchangeably with physical evidence to describe objects that are used to prove or disprove arguments in trial or at a hearing. For examples, tapes, photographs and films may form the real evidence.  In the case of Lee It Leo v R, the court stated that where real evidence is adduce by the prosecution as an exhibit it is necessary for it to show the full history of that exhibit from the time it first came into police custody until it is produced in court. Based on this case, it shows that the real evidence is important for the court to know everything about it before make it as admissible evidence.

e) Primary Evidence
It is evidence which under every possible circumstance affords the greater certainty of the facts in question. It is also refers to the best evidence which under any possible circumstances, affords the greatest certainty to the facts in question. Under section 62 of the Evidence Act 1950, primary evidence means the document itself produced for the inspection of the court. For example, the primary evidence is when a document is produced to be inspection of its existence and contents and the prosecution is required to prove the contents of the document. The document will be considered as the primary evidence if it is the first document being served by the prosecution in his case. In common law, the primary evidence is always being relied as the best evidence and that is why in the common law cases, the judge will used the terms of best evidence rather than primary evidence.
In the case of Omychund v Barker, Lord Hardwicked stated the rule of best evidence as follows;
“The Judges and sages of the law have laid it down that there is but one general rule of evidence, the best that the nature of case will admit.”
Apart from that, the rule had been stated too in the case of KPM Khidmat Sdn Bhd v Tey Kim Suie which Mohamed Dzaiddin SCJ stated that:
“It is a well-established rule of evidence that when documentary evidence is tendered, primary evidence of the said document must be adduced except in the cases under section 65 of the Evidence Act 1950. According to Sarkar on Evidence, (14th Ed, 1993) at page 961, when a given matter has been expressed provision of section 65, the writing, unless by the other side, must be produced if it is desired to prove the matter express it.” In this case, the document will be the primary evidence by the prosecution.
Basically, primary evidence provides direct or firsthand evidence about an event, object, person or work of art and contemporary to the events and people described.

f) Secondary Evidence
It is evidence which is admitted in the absence of primary evidence. For example, if the original document is lost, it is good to have a copy and the copies of the document are known as secondary evidence. The secondary evidence is stated in the section 63 of the Evidence Act 1950. There are five different types of secondary evidence which are:
a) Certified copies
b) copies made by mechanical processes and copies compared with such copies
c) Copies made from or compared with the original
d) Counterparts
e) Oral account of contents of documents.
This five types of form of evidence will be the guideline for the prosecution to tendered it to the court and as mentioned above, it will always be the discretion of the court to accept it or not.
However, the types of the secondary evidences stated above are not exhaustive. In the case of Smt Lachcho v Dwari Mal, the document tendered to the court does not falls within any of the clauses of section 63. In this case, it was held that a draft notice from which a final notice was prepared is admissible ad secondary evidences. The judge in this case noticed that there is none of the types of the secondary evidences suitable with the draft. Hence, in his opinion, the draft is being copied to prepare the fair copies and it is usually the faithful reproduction of the draft which is finally given shaped of the documents. The judge used the clause 3 of the section which the draft notice is being used to compare with the fair ones. Even though there may not be direct evidence of the fact that the counsel had compared the draft with the final notice, yet from the very process by which the final notice was prepared, it must be deemed that it was so done which automatically compared it with the draft notice.

In conclusion, in order to tender the evidence to the court, it is important for the person to categorize first the evidences that he had and after that, adduce it to the court with the correct path. It is an important knowledge for the prosecutor because by tendering the evidences to the court will give the effect to his case whether he win or loss. Think wisely lawyers! Identified the issue first and bring the relevant evident to support your case.

      Thank you!

Bahagian Pertama Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 : Motif dan Persediaan

Bahagian Pertama Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 : Motif dan Persediaan

Res Gestae

Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 ini asalnya adalah daripada prinsip res gastae daripada Common Law. Ia melibatkan tiga prinsip iaitu
  •   Motif
  •   Persediaan
  •  Perbuatan
Bahagian pertama seksyen ini berkait rapat dengan kerelevanan motif dan persediaan manakala keduanya pula berkaitan dengan kerelevanan perbuatan. Kes Thiangiah & Anor v PP [1977] 1 MLJ 79 telah menyatakan bahawa :

“Terdapat empat peringkat dalam setiap jenayah. Pertamanya niat untuk melakukan jenayah, keduanya ialah persediaan untuk melakukannya, ketiga ialah cubaan untuk melakukannya dan terakhir ialah pelakuan jenayah yang sebenar. Pembentukan niat semata-mata untuk melakukan jenayah dan membuat persediaan untuk melakukan jenayah adalah bukan perlakuan jenayah dan tidak dihukum di bawah undang-undang”.

Daripada kes ini dapat disimpulkan bahawa seksyen 8 ini hanya boleh digunakan bagi membantu sesuatu kes jenayah untuk dibuktikan, bukan untuk membuktikan bahawa dengan adanya niat dan persediaan untuk melakukan jenayah, seseorang sudah boleh dihukum dengan hukuman tertentu di bawah undang-undang.

Seksyen 8 ini juga telah dipertimbangkan di dalam kes PP v. Peter Kong [2007] 5 MLJ 567 oleh Hamid Sultan JC. Mahkamah telah memutuskan bahawa :

“It is not appropriate to introduce a document which will tend to implicate the bad character of the accused as well as to show that he was involved in another offence. To some extent the law of evidence in relation to motive permits the court allow evidence to show the alleged motive for a crime even though such evidence may suggest the commission of another crime by the accused. This is captured in s.8 of the Evidence Act 1950 (EA). Under s.8, the following facts are relevant namely : (i) facts which show motive; (ii) facts that reveal preparation; (iii) facts which divulge previous or subsequent conduct of any person, provided if it is influenced by any fact in issue or relevant fact; )iv) statement accompanying and explaining acts; (v) statements made in the presence and hearing of a person whose conduct is relevant provided the statement affects such conduct. When a case depends entirely upon circumstantial evidence, the issue as to motive becomes important”.

Kes ini menerangkan bahawa seksyen 8 ini merupakan seksyen yang amat penting kerana apabila sesuatu kes jenayah yang hanya bergantung kepada keterangan hal keadaan, fakta isu mengenai motif adalah amat penting untuk dititikberatkan.

Seksyen 8 Akta Keterangan 1950

Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian.

(      1) Sesuatu fakta adalah relevan jika ia menunjukkan atau menjadi motif atau persediaan bagi sesuatu fakta isu atau fakta relevan.

(       2)  Kelakuan sesuatu pihak atau kelakuan seseorang ejen kepada sesuatu pihak dalam sesuatu   guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan sesuatu fakta isu dalamnya atau yang relevan dengannya, dan kelakuan seseorang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara sesuatu prosiding, adalah relevan jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh sesuatu fakta isu atau fakta relevan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau kemudian daripadanya.

Huraian 1 – perkataan “kelakuan” dalam seksyen ini tidak meliputi pernyataan melainkan jika pernyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan-perbuatan lain daripada pernyataan-pernyataan; tetapi huraian ini tidak akan menjejaskan kerelevanan pernyataan-pernyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Akta ini.

Huraian 2 – jika kelakuan seseorang itu relevan, apa-apa pernyataan yang dibuat kepadanya atau dihadapan dan dalam pendengarannyayang menyentuh kelakuannya adalah relevan

Fakta-fakta berikut adalah relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 :
  •  Fakta yang menunjukkan motif
  •  Fakta yang menunjukkan persediaan
  •   Fakta yang menunjukkan perbuatan sebelum atau selepas seseoran, dengan syarat ia dipengaruhi oleh     mana-mana fakta isu atau fakta relevan
  •  Pernyataan yang mengiringi dan menjelaskan tindakan (rujul huraian 1
  •  Pernyataan yang dibuat dalam kehadiran dan pendengaran orang yang kelakuannya adalah relevan, dengan syarat pernyataan tersebut member kesan kepada kelakuan tersebut (rujuk huraian 2)
Motif


Apakah maksud motif? Motif adalah sesuatu yang mendorong sesroang melakukan sesuatu tindakan. Setiap tindakan sukarela mempunyai motifnya yang tersendiri. Motif dan niat mestilah dibezakan. Niat adalah keputusan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan itu atau tidak manakala motif pula ialah sebab seseorang membuat keputusan itu. Sebagai contoh, seorang abang yang anak yatim mencuri sebuku roti di kedai, niatnya adalah untuk mencuri, tetapi motifnya adalah untuk memberi makan adiknya yang sedang kelaparan. Jadi, motif boleh juga dikaitkan dengan emosi yang membawa kepada tindakan tersebut. Ia adalah fakta psikologi yang boleh dibuktikan melalui tindakan tertuduh. Walaubagaimanapun, adalah tidak selalu mungkin untuk menemui motif disebalik sesuatu tindakan itu tetapi ia tidaklah bermaksud bahawa motif tersebut tiada.Bukti motif adalah relevan dan berguna di dalam kes jenayah. Bagi kes jenayah yang mana keterangannya adalah terus dan buktinya adalah jelas bahawa tertuduh melakukan jenayah tersebut, persoalan motif menjadi tidak relevan untuk menahan tangkapan dari dilakukan. Tetapi apabila sesebuah kes itu hanya bergantung kepada keterangan hal keadaan, motif menjadi sesuatu yang amat penting dalam membuktikan perbuatan jenayah tersebut.

Di dalam kes Nath Singh v R 1949 Madras Law Journal 297, telah diputuskan bahawa keterangan yang menunjukkan motif yang didakwa dalam jenayah adalah diterima walaupun keterangan tersebut menunjukkan perlakuan jenayah lain yang dilakukan oleh tertuduh. Di dalam kes ini, tertuduh telah dibicarakan kerana membunuh Karnail Singh. Keterangan telah menunjukkan bahawa Karnail Singh telah memeras wang daripada tertuduh kerana mangsa tahu bahawa tertuduh telah membunuh seseorang yang bernama Bhan Singh. Fakta ini telah diterima bagi menunjukkan motif pembunuhan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah ditegaskan bahawa motif adalah tidak diterima di dalam situasi yang mana ia menunjukkan bahawa tertuduh mungkin telah melalukan perbuatan jenayah itu. Selanjutnya, motif untuk menyimpulkan perlakuan jahat tertuduh pada masa lampau adalah tidak diterima di bawah seksyen 54 Akta Keterangan 1950.

Di dalam satu lagi kes, Boota Singh v PP [1933] 2 MLJ 195, mahkamah memutuskan bahawa laporan polis yang lama adalah diterima di bawah seksyen 8 untuk membuktikan motif untuk perlakuan jenayah yang selanjutnya. Terrel Ag CJ menyatakan :

In this case a report made by the deceased against the prisoner nine months before the murder was admitted in evidence by the trial Judge, as showing a motive for the crime. Counsel for the appellant argued. (a) that the report was inadmissible under any section of the Evidence Ordinance, and (b) that if it was wrongly admitted, it must have influenced the whole course of the trial, and that the accused was entitled to an acquittal.
The report was, however, put forward by the prosecution as showing or constituting motive under s.8. it indicated that the deceased was on bad terms with the accused, and supported the oral evidence to the same effect. The conduct of the deceased in making a report a against the accused is made relevant by the express terms of s.8. Generally speaking ,  a statement is not ‘conduct’ within the meaning of the section, but in this case the statement accompanied and explained the deceased’s act in making the report. It is accordingly expressly admissible in terms of Explanation (i) of s.8.

It should be added that the report is not evidence of the truth of the deceased’s allegation against the prisoner. It was admitted in evidence by the prisoner’s counsel at the trial, and although this is by no reason why counsel admitted the report was because it was brought out in evidence that after the subject matterof the report had been investigated, no action was taken by the police, and was this was pro tanto favourable to the prisoner; and it can be presumed in the prisoner’s favour that the deceased’s allegation were not true. The fact however that the report was made still remains and is admissible as showing the relations between the parties and in support of the motive alleged by the prosecution”

Mahkamah Persekutuan di dalam kes Wong Foh Hin v PP [1964] MLJ 149 telah membenarkan  hubungan sumbang mahram di antara tertuduh (bapa) dengan si mati (anak perempuan) untuk membuktikan motif pembunuhan. Di dalam kes ini, perayu telah ditangkap atas kesalahan membunuh anak perempuannya. Keterangan telah diterima semasa perbicaraan yang mana 3 bulan sebelum kematian anak perempuannya, isterinya telah membuat aduan kepada Ketua Kampung bahawa tertuduh telah ‘mengganggu’ anak perempuannya dan perkara itu telah ditutup oleh ketua kampong dengan member amaran jika kejadian itu berlaku lagi, beliau akan membuat laporan kepada polis. Semasa di peringkat rayuan, persoalan pokok yang menjadi isu ialah sama ada keterangan kejadian di atas dan juga keterangan kejadian yang sama sebelum kematian anak perempuannya diterima dengan cara yang betul. Perayu berhujah bahawa “(i) keterangan tentang hubungan sumbang mahram antara perayu dan anak perempuannya terjumlah kepada keterangan perlakuan jahat, oleh itu ia tidak boleh diterima; (ii) dan sebagai alternative jika ia diterima, hakim perbicaraan patut menjalankan kuasa budi bicaranya untuk tidak memasukkan ia atas alasan ia akan memprejudis dan mengurangkan nilai probative keterangan tersebut. Ia tidak boleh diterima dengan sewenangnya  kerana ia cenderung untuk menunjukkan perlakuan jahat atau perlakuan kesalahan yang lain”. Mahkamah telah menyatakan bahawa di dalam kes ini, oleh kerana hanay terdapat keterangan hal keadaan dalam kes bunuh ini, maka keterangan motif yang kuat dan mempengaruhi  akan mempunyai nilai keterangan yang amat tinggi. Selanjutnya, mahkamah menyatakan bahawa hakim perbicaraan adalah betul dalam melaksanakan tugasnya untuk tidak menggunakan kuasa budi bicaranya dalam tidak memasukkan keterangan mengenai hubungan sumbang mahram tersebut atas alasan bahawa keterangan tersebut akan memberi kesan prejudis  yang akan memudaratkan nilai keterangannya.

Sebagai kesimpulan, Hakim telah menerima keterangan perlakuan jahat tersebut untuk membuktikan motif pembunuhan kerana bukti-bukti yang ada untuk membuktikan kes ini hanyalah keterangan hal keadaan, oleh itu motif adalah amat penting bagi membuktikan kes ini.

PERSEDIAAN


Ia adalah tindakan yang membawa kepada perlakuan jenayah. Secara amnya, persediaan adalah bukan perbuatan jenayah. Walaubagaimanapun, sekali telah perbuatan jenayah telah dilakukan, fakta bahawa tertuduh telah melakukan persiapan menjadi fakta yang relevan di bawah s.8 ini. Tambahan pula, persediaan motif juga adalah relevan di bawah bahagian pertama seksyen ini. Bukti yangmenunjukkan bahawa tertuduh membuat persediaan untuk melakukan jenayah adalah diterima (lihat misalan c dan d). Perlasanaan jenayah boleh dibahagikan kepada empat peringkat :

  •        Niat
  •        Persediaan
  •        Percubaan
  •         Perlaksanaan sebenar
Apabila seseorang mempunyai niat untuk melakukan jenayah, dia tidaklah berada di bawah tanggungan jenayah. Walaubagaimanapun selepas dia mempunyai niat untuk melakukan jenayah, jika dia bergerak ke peringkatyang kedua sebagai contoh, dia membeli peralatan untuk membunuh. Ini adalah merupakan dengan jealasnya adalah peringkat persediaan. Pada peringkat ini, seseorang itu masih tidak boleh menanggung tanggungan jenayah. Terdapat beberapa kes seperti kes hasutan yang mana seseorang sudah boleh dipertanggungjwabkan dengan tanggungan jenayah walaupun masih diperingkat persediaan. Tanggungan undang-undang hanya akan muncul pada peringkat ketiga dan keempat. Di dalam kes Mohan Lal v Emperor AIR (1937) Sind.239, tertuduh telah didakwa atas kesalahan menipu dalam mengimport barangan tanpa membayar cukai dengan menipu pihak berkuasa. Bukti bahawa tertuduh pernah melawat pelabuhan dengan tujuan cuba untuk membuat suatu perkiraan dimana tertuduh boleh mengimport barang tanpa membayar cukai diputuskan oleh mahkamah adalah keterangan yang diterima di bawah seksyen ini.

Sebagai kesimpulan, bahagian pertama dalam seksyen 8 ini merangkumi motif dan persediaan dalam melakukan sesuatu perbuatan lazimnya perbuatan jenayah. Motif menjadi fakta yang relavan apabila kes hanya melibatkan keterangan hal keadaan bagi membuktikan kes tersebut manakala persediaan menjadi relavan bagi membuktikan bahawa tertuduh mempunyai motif dalam melakukan perbuatan jenayah. Secara ringkasnya, motif dan persediaan adalah perkara yang saling berkaitan dalam perlakuan jenayah.