Welcome to Prima Facie Blog! Flying Bat

Seksyen 5 : Keterangan Boleh Diberi Mengenai Fakta Isu dan Fakta Relevan

Posted on Friday, December 14, 2012 by Unknown


 Seksyen 5 : Keterangan Boleh Diberi Mengenai Fakta Isu dan Fakta Relevan

Seksyen 5 Akta Keterangan 1950
Keterangan boleh diberi mengenai fakta isu dan fakta relevan
Keterangan boleh diberi dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai wujud atau tidak wujudnya tiap-tiap fakta isu danmengenai apa-apa fakta lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai relevan, dan tidak mengenai mana-mana fakta lain.

Huraian- seksyen ini tidak membolehkan sesiapa memberi keterangan mengenai sesuatu fakta yang dia tidak berhak membuktikan menurut undang-undang berhubungan dengan prosedur sivil.

Apakah fakta yang boleh dibuktikan???

Seksyen 3 Akta Keterangan 1950 telah menjelaskan apa itu fakta relevan. Fakta relevan adalah fakta-fakta yang menjadikan kebarangkalian atau ketidakbarangkalian kewujudan atau ketidakwujudan sesuatu fakta isu kerana ia berkait dengan fakta isu. Berdasarkan seksyen 5, terdapat dua jenis fakta yang boleh dibuktikan. Pertama, fakta isu dan kedua ialah fakta relavan. Fakta yang relevan telah dinyatakan di dalam seksyen 6 sehingga seksyen 55. Antara tujuan utama seksyen-seksyen tersebut adalah untuk memastikan bahawa keterangan yang tidak relevan dan tidak berkaitan adalah dilarang daripada dikemukakan di dalam prosiding mahkamah, hal ini adalah untuk menjimatkan masa dan mengelakkan ketidakadilan daripada berlaku. Fakta yang relevan kepada isu telah di susun oleh Akta Keterangan 1950 seperti berikut :



  • (a)  Perkara yang berkaitan dengan fakta isu sebagai sebahagian daripada transaksi yang sama, hal kejadian, kesan, motif, atau perbuatan dan sebagainya seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 6 sehingga 16

  • (b)   Pengakuan dan pengakuan salah yang diperuntukkan dalam seksyen 17 hingga 31

  • (c)    Kenytaan orang yang tidak boleh dipanggil sebagai saksi  seperti yang termaktub di dalam seksyen 32 dan 33

  • (d)   Kenyataan yang dibuat di bawah keadaan khas seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 34 hingga 39

  • (e)   Kerelevanan penghakiman yang diperuntukkan di dalam seksyen 40 hingga 44

  • (f)     Keterangan pendapat mengikut seksyen 45 hingga 51

  • (g)   Keterangan perlakuan mengikut seksyen 52 hingga 55

Di dalam kes Pembangunan Maha Murni Sdn Bhd v Juruurus Ladang Sdn Bhd [1986] 2 MLJ 30, Syed Agil Barakbah SCJ berpandangan bahawa kesemua faktu isu dan fakta relevan mesti dibuktikan dengan keterangan. Walaubagaimanapun terdapat dua kategori fakta yang tidak perlu dibuktikan iaitu :

(a)   Fakta yang diberi pengiktirafan oleh mahkamah

(b)   Fakta yang telah diperakui

Pengecualian ini termaktub di dalam seksyen 56, 57, dan 58 Akta Keterangan 1950 di bawah Bab III iaitu “Fakta yang tidak perlu dibuktikan”.

Di dalam kes Goh Beng Seng v Dol bin Dollah [1970] 2 MLJ 95, mahkamah menyatakan bahawa adalah tugas mahkamah untuk tidak membenarkan kesemua keterangan yang tidak boleh diterima walaupun tiada bantahan terhadap kebolehterimaannya. Mahkmah menegaskan bahawa ia tetap tidak boleh diterima walaupun pihak peguam gagal untuk membantahnya.

Di dalam kes Ng Yiu Kwok & Ors. V PP [1989] 3 MLJ 166 (SC), mahkamah menyatakan bahawa mahkamah sepatutnya hanya mengambil berat tentang keterangan yang sama ada boleh diterima atau tidak, bukannya bila atau bagaimana ia diperolehi. Di dalam kes Kuruma v The Queen (1955) AC 197, Mahkamah Agung menyatakan bahawa di dalam kes jenayah, mahkamah mempunyai kuasa budi bicara untuk tidak membenarkan keterangan diterima jika “strict rules of admissibility” akan menyebabkan ketidakadilan kepada tertuduh.Mahkamah juga mempunyai kuasa untuk menghapuskan keterangan yang tak relevan pada mana-mana peringkat dalam perbicaraan.

Di dalam kes PP v Loh Swee Kon [1951] MLJ 159, mahkamah memutuskan bahawa keterangan yang menunjukkan atau boleh menunjukkan bahawa tertuduh adalah bersalah atas suatu kesalahan yang mana dia telah dibebaskan adalah diterima di dalam perbicaraan selanjutnya atau dalam perbicaraan yang sama terhadap kesalahan yang berbeza, dengan syarat bahawa:

            I. Keterangan tersebut mestilah sangat berkaitan dengan kesalahan yang telah didakwa untuk membentuk sebahagian daripada keterangan yang dibuktikan
      II    II.  Keterangan  itu tidak akan mencukupi untuk mewujudkan dakwaan yang tertuduh telah dibebaskan
                  
            Sebagai kesimpulan, seksyen 5 ini memberi ruang kepada peguam untuk membawa fakta-fakta yang dirasakan dapat membantu kes mereka di dalam perbicaraan, dengan syarat ia mestilah dapat dibuktikan kebolehterimaannya di dalam mahkamah.


se



No Response to " Seksyen 5 : Keterangan Boleh Diberi Mengenai Fakta Isu dan Fakta Relevan"

Leave A Reply