Welcome to Prima Facie Blog! Flying Bat

Selamat Datang






Selamat Datang Ke Blog Rasmi "Prima Facie Journey". Blog ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan dalam kursus Undang-Undang Keterangan yang merupakan kursus wajib bagi para pelajar Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Di samping itu, blog ini dilihat sebagai salah satu alternatif bagi mengisi kelompangan yang berlaku dalam konteks pembelajaran Undang-Undang Keterangan dalam ruang lingkup perundangan persada Malaysia.


Blog ini dibangunkan oleh sekumpulan pelajar seramai 14 orang Pelajar Tahun Akhir (Tahun 4) Sesi 2012-2013 daripada Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah seliaan pensyarah Undang-Undang Keterangan, Dr.Rizal Abd Rahman.   


Blog ini telah dibangunkan dengan mengaplikasikan konsep "user friendly" yakni blog yang bercitrakan pengguna. Segala pautan yang terdapat dalam blog "Prima Facie Journey" telah disediakan secara fleksibel dan sekemas yang mungkin. Pautan-pautan yang terdapat dalam blog ini merangkumi Akta-Akta di Malaysia dalam konteks pembelajaran Undang-Undang Keterangan Malaysia, pautan ke blog-blog lain berkaitan dengan dunia keterangan dan lain-lain. Pautan ini akan ditambah dari semasa ke semasa bagi memenuhi kehendak pengguna.

Apa lagi yang ditunggu, PENGEMBARAAN ANDA BERMULA DARI SEKARANG..




1 Response to "Selamat Datang"

.
Anonymous Says....

Hai, boleh saya tau apa itu prima facie dan bilakah ia terpakai? Same with beyond any reasonable doubt?

Leave A Reply