Welcome to Prima Facie Blog! Flying Bat

Kes Md Desa bin Hashim lwn Pendakwa Raya : Pengakuan Salah

Posted on Sunday, December 16, 2012 by Unknown


Entri pada kali ini adalah berkaitan keboleh terimaan pengakuan salah yang dibuat oleh tertuduh dalam mensabitkannya dengan suatu kesalahan yang didakwa ke atasnya. Pengakuan salah yang dibuat mampu memberi impak yang besar dalam perjalanan sesebuah kes dimana apabila suatu pengakuan salah dibuat, maka prosese mahkamah dalam mengendalikan kes tersebut akan disingkatkan iaitu dengan terus mensabitkan kesalahan tersebut ke atas tertuduh. Namun demikian, kerap kali timbul  isu berkaitan pengakuan salah yang telah dibuat, iaitu apabila wujudnya tekanan oleh pihak-pihak tertentu dalam mempengaruhi seseorang untuk membuat satu pengakuan bersalah, dalam hal ini, mahkamah perlu berperanan dalam memastikan bahawa penerimaan pengakuan bersalah seseorang itu hanya diterima pabila ianya dibuat mengikut prosedur dan peruntukkan  yang telah ditetapkan. Di sini diserta kan satu kes untuk dijadikan rujukan berkaitan penerimaan pengakuan salah yang dibuat dan bagaimana pendekatan mahkamah dalam menerimanya bagi mensabitkan tertuduh dengan suatu kesalahan yang didakwa terhadap tertuduh.

     Kes yang akan saya sertakan disini adalah kes di peringkat mahkamah persekutuan iaitu antara Md Desa bin Hashim lwn. Pendakwaraya [1995] 3 MLJ 350. Faktanya adalah seperti berikut. Perayu telah membuat rayuan terhadap sabitannya oleh Mahkamah Tinggi di Kangar atas dua pertuduhan yang dipinda di bawah ss 57(1)(a) dan (b) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 masing-masing, kerana mempunyai dalam kuasanya sepucuk pistol dan tujuh butir peluru. Perbicaraan perayu telah dijalankan mengikut peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Kes-Kes Keselamatan) (Pindaan) 1975 (‘PPKK’). Rayuan ini berdasarkan kebolehterimaan dua pernyataan yang dibuat oleh perayu pada 1 September 1988 yang menunjukkan bahawa beliau adalah bersalah.

Pernyataan pertama dibuat oleh perayu semasa soal siasat oleh Insp Zamri (‘SP1’), yang telah merekodkan pernyataan itu di dalam sebuah diari. Semasa pemeriksaan balas SP1, cadangan telah dikemukakan kepadanya bahawa perayu telah diserang semasa soal siasat dan juga telah didorong untuk memberi keterangan supaya pihak polis melepaskan adiknya yang telah ditangkap sebelumnya. Pernyataan kedua telah dibuat tidak lama selepas pernyataan pertama itu semasa penemuan pistol dan amunisi di tempat yang disebut oleh perayu dalam pernyataan pertamanya.

Perayu menafikan bahawa beliau telah membuat dua pernyataan tersebut yang menunjukkan bahawa beliau bersalah dan menafikan bahawa beliau telah membawa polis ke tempat penemuan ekshibit itu. Walau bagaimanapun, hakim perbicaraan telah membenarkan dua pernyataan tersebut, bergantung pada s 27 Akta Keterangan 1950 (‘Akta itu’), kerana mereka merupakan maklumat yang telah membawa kepada penemuan suatu fakta. Hakim mendapati beliau bersalah dan telah menjatuhkan hukuman mati mandatori. Perayu telah membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Hakim dalam kes ini telah mebenarkan rayuan tersebut berdasarkan beberapa hujahan antaranya adalah, untuk suatu pengakuan salah atau kenyataan atau maklumat layak diterima di bawah s 27, ia mestilah dibuat secara sukarela. Suatu penemuan yang dibuat sebagai akibat suatu pengakuan salah yang diperolehi secara haram mengikut makna s 24 Akta itu tidak boleh diterima. Di mana cabaran dibuat tentang kesukarelaan sesuatu maklumat itu, adalah sangat mustahak bahawa hakim perbicaraan mesti menentukan isu itu di dalam voire dire.

Selain itu,hakim mahkamah persekutuan turut berpendapat bahawa beban membuktikan sehingga melampaui keraguan munasabah bahawa pengakuan salah dibuat secara sukarela dipikul oleh pihak pendakwa. Ujian untuk menentukan kesukarelaan adalah separuh objektif dan separuh subjektif. Rukun kebolehterimaan yang terkandung di dalam s 27 adalah suatu kekecualian kepada larangan di dalam ss 25 dan 26 tetapi ketiga-tiga seksyen ini dikuasai dan tertakluk kepada s 24. Di sini, terdapat keterangan yang mencukupi untuk mewujudkan syak yang munasabah bahawa pernyataan pertama dibuat secara paksaan yang tak sah dan oleh itu adalah tidak sukarela. Adalah menjadi kewajipan hakim untuk menentukan isu kesukarelaan dengan mengadakan ‘voire dire’ apabila terdapatnya sedikit tanda kesalahan. Isu ini tidak dipertimbangkan oleh hakim perbicaraan dan ini merupakan ketakarahan yang merupakan suatu salah arah. Suatu salah arah diri sendiri oleh hakim dianggap sebagai salah arah daripada hakim kepada juri. Salah arah itu telah mengakibatkan keterangan tidak boleh terima dibenarkan di dalam perbicaraan dan ia telah membentuk asas sabitan itu dan, dengan demikian, membawa kepada salah laksana keadilan yang berat.

Pernyataan kedua juga tidak boleh diterima kerana ia telah dibuat sejurus selepas pernyataan pertama dan pihak pendakwa telah gagal membuktikan sehingga melampaui keraguan munasabah bahawa semua kesan dorongan telah disingkir pada masa ia dibuat. Lagipun, oleh kerana penemuan itu tidak dibuat sebagai akibat pernyataan kedua itu, ia jelas tidak boleh diterima di bawah s 27.

Di akhir penghakimannya, hakim mahkamah persekutuan tersebut menyatakan bahawa walaupun penghujahan tiada kes untuk dijawab tidak dibuat pada penutup kes pihak pendakwa, ia adalah kewajipan mahkamah untuk bercampur tangan dan membetulkan sebarang salah laksana keadilan yang mungkin diakibatkan. Di sini, hakim perbicaraan tidak sepatutnya memanggil perayu untuk membuat pembelaannya tetapi seharusnya membebaskan beliau atas kedua-dua tuduhan itu pada penutup kes pihak pendakwa meskipun bahasa peraturan 13 PPKK tidak bermaksud demikian.

3 Response to "Kes Md Desa bin Hashim lwn Pendakwa Raya : Pengakuan Salah"

.
Esther Tan Says....

Can I know if section 27 is subject to section 24 of Evidence Act?

.
Unknown Says....

Section 27 appear to be an exception to section 24 to 26 which state that involuntary confession of an accused in police custody is irrelevent unless it is made in the immediate presence of a session Judge or Magistrate or words to that effect.It allowed evidence of information given by the accused,which is distinctly related to the fact discovered to be admissible.

.
Yazid Says....

Klu pengakuan salah atas sebb penindasan or elemen lain yg sama waktu dgnnya, apa yang akan jadi pada tertuduh? Adakah dilepaskan atau diringankan hukuman, atau ditangguh kes sampai dapat pengakuan salah secara sukarela?

Leave A Reply