Welcome to Prima Facie Blog! Flying Bat

Pengenalan






Blog ini dibangunkan atas dasar ingin berkongsi maklumat Undang-Undang Keterangan di Malaysia. Berfokuskan dalam konteks "Masyarakat dan Undang-Undang di Malaysia", blog ini akan membincangkan secara lanjut mengenai Undang-Undang Keterangan di Malaysia serta impaknya terhadap bidang perundangan di Malaysia.


Blog ini berfokus mengenai hal ehwal pembuktian dan keterangan para saksi untuk sesuatu kes. Konsep seperti kebolehterimaan keterangan, jenis keterangan, Res Gestae,  dan sebagainya sudah cukup untuk menggambarkan mengenai peranan blog ini sebagai wadah pemahaman komuniti di Malaysia.

Perkongsian maklumat dalam blog ini bukan hanya dilakukan menerusi penyiaran artikel sahaja, malah hal ini diluaskan lagi dengan penggunaan aplikasi terkini dalam dunia siber. Ini termasuklah menggunakan Facebook (FB) sebagai salah satu tempat bagi merintis pandangan secara berilmiah, aplikasi YouTube bagi mengilustrasikan sesuatu maklumat dalam bentuk paparan video yang semestinya memudahkan pemahaman pengguna seta lain-lain lagi. Semua ini boleh didapati dengan hanya menggunakan pautan atau "toolbar" yang telah disediakan.


Penggunaan media sosial ini bertujuan mendekati rakyat biasa yang tidak terlibat dengan bidang perundangan secara langsung. Secara tidak langsung, rakyat akan memahami bagaimana proses keadilan kehakiman berlangsung di Malaysia menerusi tatacara pembuktian yang bersifat kognitif dab adil.

No Response to "Pengenalan"

Leave A Reply