Kontroversi Seksyen 114A Akta Keterangan Malaysia
Kontroversi Seksyen
114A Akta Keterangan Malaysia
Seksyen
114A telah mencetuskan kontroversi terhadap perundangan Malaysia. Merujuk
kepada Akta Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012, akta induk dipinda dengan
memasukkan selepas seksyen 114 seksyen 114A:
------------------------------------------------------------------------------
“Presumption
of fact in publication”
114A. (1) A person whose
name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as
the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner
facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published
or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.
(2)
A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a
network service on which any publication originates from is presumed to be the
person who published or re-published the publication unless the contrary is
proved.
(3)
Any person who has in his custody or control any computer on which any
publication originates from is presumed to have published or re-published the
content of the publication unless the contrary is proved.
(4)
For the purpose of this section—
(a)
“network service” and “network service provider” have the meaning assigned to
them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and
(b)
“publication” means a statement or a representation, whether in written,
printed, pictorial, film, graphical, acoustic or other form displayed on the
screen of a computer.”.
------------------------------------------------------------------------------
Niat penggubal memasukkan Seksyen 114A bertujuan
untuk ke dalam Akta 56 untuk mengadakan peruntukan bagi anggapan fakta dalam
penyiaran untuk memudahkan pengenalan dan pembuktian identiti seseorang yang
namanya tidak diketahui yang terlibat dalam penyiaran melalui internet.
Namun, seksyen ini telah mendapat tentangan hebat
daripada masyarakat umum. Isu seperti akaun perkhidmatan rangkaian media sosial
(Social
Networking Service – SNS) yang mudah diceroboh oleh penggodam internet
telah menyebabkan kebimbangan kepada masyarakat umum terhadap cara
penguatkuasaan seksyen 114A itu sendiri yang bakal menyaksikan orang awam yang
tidak bersalah menjadi mangsanya. Penyedia Perkhidmatan Internet dan rangkaian
juga berdepan risiko apabila seksyen 114A ini berkuat kuasa sekiranya
penjenayah yang sebenar tidak dapat dikesan.
Perbincangan ini berfokuskan pada 2 perspektif,
iaitu pandangan umum sebagai orang biasa (layman) dan Penyedia Perkhidmatan
Internet (ISP) serta dari sudut kerajaan sebagai penggubal undang-undang.
Signifikan Seksyen
114A Akta Keterangan 1950 (Perspektif Kerajaan Sebagai Penggubal Undang-Undang)
Seperti yang dilaporkan di akhbar Utusan Malaysia
pada 19/04/2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri
Aziz semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012
berkata, penggunaan nama samaran ataupun ketanpanamaan oleh mana-mana pihak
untuk melakukan jenayah siber menyukarkan tindakan diambil terhadap mereka.
Justeru, Akta Keterangan 1950 perlu dipinda bagi menangani isu ketanpanamaan
internet. Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak
pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat
sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran. Akta Keterangan
terpaksa dipinda supaya dapat mendakwa dan mentaksirkan kesalahan kepada mereka
yang menggunakan nama samaran. Penggunaan internet membolehkan sesiapa sahaja
menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan masalah ketanpanamaan
pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani jenayah
siber dilakukan melalui internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah,
menceroboh dan mencuri maklumat. Hal ini kerana pelbagai teknik digunakan oleh
penjenayah untuk menyembunyikan identiti dan ada kalanya mustahil untuk
menentukan punca sebenar sesuatu e-mel atau komunikasi elektronik yang lain.
Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak
lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP,
pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya
kesalahan jenayah dilakukan, dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka
tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak
langsung. Justeru, tujuan peruntukan anggapan berasaskan owner-onus principle
adalah untuk meringankan beban pembuktian berhubung dengan fakta tertentu.
Bagaimanapun, pihak pendakwa raya yang ingin bersandar kepada peruntukan
anggapan mesti membuktikan terlebih dahulu kewujudan fakta-fakta tertentu
sebelum anggapan boleh dibuat terhadap seseorang.
Pindaan pada Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan)
(No.2) 2012 memperlihatkan pindaan pada Fasal 2 yang bertujuan menggantikan
tarif komputer dengan takrif komputer yang baru yang lebih komprehensif dan
selaras dengan takrif komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997. Sementara itu,
Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut memperuntukkan supaya memasukkan seksyen
baru 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang
melibatkan penyiaran melalui internet.
Kebimbangan Pihak
Bertanggungan Secara Tidak Langsung – Masyarakat Umum & Penyedia
Perkhidmatan Internet.
“Penggunaan internet
membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini
menjadikan masalah ketanpanamaan pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling
besar dalam menangani jenayah siber dilakukan melalui internet seperti
menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat. Hal ini
kerana pelbagai teknik digunakan oleh penjenayah untuk menyembunyikan identiti
dan ada kalanya mustahil untuk menentukan punca sebenar sesuatu e-mel atau
komunikasi elektronik yang lain. Penyelesaian
bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh
dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, pemilik alamat e-mel
dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya kesalahan jenayah
dilakukan, dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka tanpa mengira
bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung.”
(Petikan
kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz)
Utusan
Malaysia 19 April 2012
Petikan
kata-kata di atas sengaja dipetik bagi menggambarkan bagaimana kerisauan yang
melanda apabila seksyen 114A ini berkuat kuasa. Bukan hanya orang awam mendapat
tempiasnya, malahan pihak-pihak berkepentingan secara tidak langsung seperti
pihak penyedia perkhidmatan rangkaian dan media sosial turut terlibat. Sehingga
artikel ini ditulis, tiada sebarang perbincangan mengenai pengecualian khusus
terhadap pemakaian seksyen 114A ini.
Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru terhadap
Akta Keterangan 1950 mencetuskan kontroversi kerana pindaan terbaru ini
meletakkan beban pembuktian kesalahan kepada pihak yang dituduh dan bukannya
pihak yang menuduh. Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai A dan
melakukan kesalahan di internet, A bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa
dia tidak bersalah. Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip
asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak
dibuktikan kesalahannya. Pindaan yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan
yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam
industri tersebut. Sesiapa sahaja yang memiliki akaun Facebook, Twitter, blog
atau forum akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat
di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak
lain. Malahan, pihak Penyedia Perkhidmatan Internet juga turut terheret sama
dalam kancah pemasalahan ini.
Realitinya, pengesanan pengguna akhir yang melakukan
jenayah siber amat sukar dan mahal kerana teknologi terkini seperti “spoofing”
(iaitu melibatkan alamat protokol Internet palsu ataupun penggunaan pihak yang
tidak dikenali untuk menghantar bahan) menyebabkan sukar untuk mengesan pihak
yang melakukan pelanggaran hakcipta. Namun, pihak penguatkuasa pastinya
berusaha menuntut keadilan dengan membawa tindakan terhadap pihak yang
membiarkan terjadinya jenayah siber satu kemungkinan dibawah teori tanggungan
sekunder seperti penyedia perkhidmatan yang telah lama diaplikasikan dalam kes
pelanggaran hakcipta. Tanggungan ini
dirintis menerusi kes A&M Records Inc v Napster Inc yang didapati bersalah
kerana menyumbang terhadap pelanggaran hakcipta oleh penggunanya yang berkongsi
fail menerusi teknologi rangkaian peer-to-peer (P2P).
Pemahaman mengenai proses yang berlaku semasa
pemindahan maklumat adalah amat perlu bagi menentukan pihak yang bertanggungan
bagi pelakuan jenayah siber. Menerusi proses transaksi berasaskan Internet,
permintaan menerusi sistem komputer yang dilakukan oleh pengguna akan dihantar
terus ke perkakasan penyedia perkhidmatan Internet (ISP). Kemudian, perisian
akan menjana arahan bagi melakukan penyalinan yang seperti yang dikehendaki
oleh pengguna. Proses transaksi adalah seperti berikut:
Apa yang menimbulkan persoalan di sini adalah sama
ada proses yang berlaku ini menunjukkan para pengguna mengawal perisian yang
beroperasi dalam sistem ISP dan bertanggungjawab dengan pemindahan ataupun
pemindahan yang dioperasikan oleh perisian yang berada dalam milikan dan kawalan
sepenuhnya ISP membolehkan ISP bertanggungjawab atas pemindahan yang berlaku.
Disebabkan pengesanan pengguna akhir yang melakukan
jenayah siber merupakan sesuatu yang sukar dan mahal, maka menerusi
interpretasi sempit terhadap seksyen 114A pihak penguatkuasa pastinya bakal
mengambil langkah mudah mengambil tindakan terhadap ISP dan hal ini tidak
memberikan keadilan mutlak kepada ISP. Persoalannya sekarang, pihak manakah
yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap jenayah siber yang berlaku disebabkan
pihak lain dan sekiranya bertanggungan, apakah dalihan yang boleh digunakan
untuk mengelakkan daripada tanggungan perundangan?
Tanggungan ISP Menurut
Akta Komunikasi dan Multimedia dan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia
Malaysia
Pemberi
perkhidmatan capaian Internet di Malaysia merupakan operator berlesen di bawah
Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (CMA) dan lesen yang diberikan
tertakluk kepada syarat yang mesti dipenuhi. Aktiviti penyedia perkhidmatan
juga tertakluk pada peruntukan dalam CMA. Kod Kandungan Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (CMCF) memerlukan pemberi perkhidmatan capaian Internet
“mematuhi dan menyertakan syarat dan peraturan di dalam kontrak dan notis
undang-undang mengenai syarat-syarat penggunaan dengan pelanggan-pelanggan
perkhidmatan mereka” (Bahagian 5 perkara 7.1). Syarat-syarat tersebut
termasuklah (a) Pelanggan mestilah mematuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan
oleh undang-undang Malaysia termasuklah, tetapi tidak terhad kepada Kod ini dan
mestilah tidak mengandungi kandungan yang dilarang atau kandungan yang
bertentangan dengan undang-undang Malaysia; (b) pemberi perkhidmatan capaian
Internet berhak menarik balik capaian jika seseorang pelanggan yang melanggar
perkara yang dinyatakan dalam (a); dan (c) pemberi perkhidmatan capaian
Internet mestilah mempunyai hak untuk menyekat capaian atau membuang Kandungan
yang dilarang dengan syarat sekatan atau penyingkiran tersebut mengikut
tatacara aduan yang terdapat didalam Kod ini”.
Di dalam CMCF juga ada dinyatakan mengenai pemberi
hos kandungan Internet. Pemberi hos kandungan Internet ditafsirkan sebagai
pembekal yang hanya memberi capaian kepada kandungan yang bukan dihasilkan
ataupun dikumpul sendiri tetapi dimuatkan di tapak kemudahannya. Melihat kepada
tafsiran ini serta tafsiran liberal dalam seksyen 114A Akta keterangan 1950,
Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) berdepan risiko besar untuk diambil
tindakan undang-undang kerana menerusi CMCF dan seksyen 114A, tafsiran luas
telah diberikan terhadap pengumpulan kandungan di tapak kemudahannya. Secara
tidak langsung, ISP akan dikira sebagai penyumbang kepada berlakunya jenayah
siber sekiranya pihak penguatkuasa gagal mengesan pelaku jenayah sebenarnya.
Pemberi Hos Kandungan Internet
(PHKI) ialah orang yang hanya berupaya menyediakan laluan kepada kandungan yang
bukan dicipta atau dikumpul sendiri, tetapi mempunyai perkhidmatan kemudahan
hos di tapak kemudahahnnya sendiri. PHKI mestilah menyertakan syarat dan
peraturan dalam kontrak dan notis undang-undang mengenai syarat-syarat
penggunaan kepada pengguna dan pelanggan perkhidmatan yang disediakan.
Syarat-syaratnya adalah;
(a)
Pengguna dan pelanggan mestilah
mematuhi keperluan di dalam undang-undang Malaysia termasuklah (tetapi tidak
terhad kepada) Kod ini dan tidak menyediakan kandungan yang dilarang atau apa
jua kandungan yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia;
(b)
PHKI mempunyai hak untuk menarik
balik perkhidmatan hos dalam keadaan di mana pengguna atau pelanggan melanggar
syarat (a) di atas; dan
(c) PHKI mempunyai hak untuk menyingkirkan
sebarang kandungan yang dilarang dengan syarat penyingkiran tersebut selaras
dengan tatacara aduan yang terkandung dalam Kod.
Apabila Biro
Aduan memberitahu PHKI bahawa pengguna atau pelanggannya memuat naik kandungan
yang dilarang, dan PHKI berjaya mengenal pasti pelakunya, PHKI harus mengambil
langkah yang berikut:
(a) Dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari
tarikh pemberitahuan, maklumkan kepada pengguna atau pelanggan supaya
mengeluarkan kandungan yang dilarang tersebut.
(b) Menetapkan jangka masa membolehkan
pelanggan menyingkirkan kandungan yang dilarang iaitu diantara 1 hingga 24 jam
dari masa notis pemberitahuan.
(c) Jika pelanggan tidak menyingkirkan
kandungan yang dilarang dalam jangkamasa yang ditetapkan, PHKI mempunyai hak
untuk untuk membuang kandungan tersebut.
Melalui seksyen 98 (2) CMA “Pematuhan suatu kod
industri sukarela berdaftar hendaklah menjadi suatu pembelaan terhadap apa-apa
pendakwaan, tindakan atau prosiding daripada apa-apa jenis, sama ada dalam
mahkamah atau selainnya, yang diambil terhadap seseorang (yang tertakluk kepada
kod industri sukarela itu) berkenaan dengan suatu perkara yang diperkatakan
dalam kod itu”. Isu mengenai penyiaran
bahan yang menjurus kepada jenayah siber atau kandungan yang dianggap sebagai
“kandungan yang dilarang atau kandungan yang bertentangan dengan perundangan
Malaysia” merupakan perkara yang perlu ditafsir. Jika ia dianggap sedemikian
dan penyedia perkhidmatan akses Internet mengeluarkan akses kepada pengguna
atau menyekat akses kepada atau menghapuskan kandungan tertentu, objektif bagi
menangani jenayah siber akan tercapai. Apakah jika penyedia perkhidmatan akses
Internet menolak atas alasan bahawa ia bukannya tribunal penghakiman untuk
menentukan sama ada kandungan yang dibuat aduan memang menjurus kepada pelakuan
jenayah siber?
Rumusan
Penggubalan seksyen 114A Akta Keterangan Malaysia
dilihat usaha positif kerajaan bagi menangani jenayah siber yang semakin
menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Namun begitu, sesuatu yang baru pastinya
ada lacuna atau kelompangannya. Penulis mencadangkan agar tafsiran terhadap
seksyen 114A perlu dilihat secara liberal yakni seksyen 114A ini perlu dibaca
sekali dengan peruntukan-peruntukan lain yang telah berkuat kuasa serta mantap
dari segi pelaksanaannya. Sebagai contoh, seksyen 114A perlu dibaca sekali
dengan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) yang melibatkan
juga kepentingan Penyedia Perkhidmatan Internet. Seksyen 114A ini dilihat
terlalu umum sehingga sampai ke satu tahap pihak yang tidak bersalah juga turut
diambil tindakan. Pengalihan tanggungan liabiliti kepada pihak yang secara
tidak langsung terbabit dengan pelakuan jenayah siber sebenarnya mencetuskan
ketidakjelasan terhadap penguatkuasaan peruntukan seksyen ini.
Pengaplikasian konsep “Take Down Notice” yang diaplikasikan
dalam perundangan di Amerika Syarikat dalam menyekat kandungan internet yang
menyalahi perundangan boleh diambil kira sebagai cadangan penambahbaikan. Satu
badan yang memantau kandungan internet (sebagai contoh Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia – SKMM) selepas mendapat aduan orang awam perlu
memaklumkan kepada pihak yang terlibat tentang penyiaran bahan pelanggaran
perundangan yang berlaku di akaun blog / laman mereka. Sekiranya bahan tersebut
masih ada, maka di sini barulah tindakan perundangan boleh diambil kepada
pemilik blog, pihak yang membuat penyiaran tersebut. Mekanisme ini dilihat
lebih wajar dan praktikal untuk dilakukan di Malaysia.
Pengalihan tanggungan liabiliti
terhadap pihak yang secara tidak langsung terbabit dengan apa-apa penyiaran
yang menjurus kepada pelakuan jenayah siber seharusnya perlu ada batasan
criteria pihak yang bertanggungan. Penggunaan konsep “semua pihak
bertanggungan” perlu dilihat dari sudut realiti. Manusia pastinya akan sering
kali terlepas pandang dalam sesuatu hal atau tidak dapat mengawal semua perkara
dalam satu-satu masa yang di luar jangkauan kita. Sebagai contoh, komen
seseorang blogger terhadap sesuatu post dalam blog kita. Sekiranya komen blogger
tersebut berbaur hasutan dan pengesanan blogger yang membuat komen tersebut
gagal, menurut seksyen 114A, kitalah pihak yang bertanggungan. Di sini,
pengawalan terhadap komen blogger mungkin mudah dilakukan sekiranya komen yang
dibuat tidak banyak, namun sekiranya banyak komen diberikan, adakah kita
sebagai pemilik blog tersebut dapat menjamin tidak akan terlepas pandang
terhadap komen yang berbaur hasutan tersebut? Kesemuanya berbalik kepada
pengaplikasian secara realiti dalam keadaan semasa. Pemilik blog sebagai pihak
bona fide seharusnya tidak diletakkan beban pembuktian bahawa dia bersalah.
Perkara mengenai pengalihan tanggungan liabiliti dan beban pembuktian perlu
dilihat secara saksama. Mekanisme pelaksanaan perlu dilakukan secara rasional
dan bukan hanya bersandarkan kepada aspek teknikal sahaja kerana kegagalan
mengaplikasikan dalam situasi dunia sebenar menyebabkan ramai pihak yang tidak
bersalah menjadi mangsa dan sekali gus obektif perundangan untuk memberikan
keadilan sejagat tidak terlaksana.
(Artikel ini merupakan
pandangan peribadi penulis)
Posted on Tuesday, January 01, 2013
Kebolehterimaan maklumat daripada tertuduh di bawah seksyen 27 Akta Keterangan
Polis : “mana awak barang tu.”
Tertuduh : “saya tak tahu la encik.”
Polis : “baik awak bagitau, kalau awak
bagitau kami janji akan lepaskan awak. Cuma kawan-kawan awak yang kan didakwa.”
Tertuduh : “betulke encik? Barang tu kawan saya
letak ada dekat dalam almari sebelah atas rasanya.”
Sering kita akan dengar dialog
ini sama ada dalam filem yang membabitkan kes jenayah mahupun dalam penyiasatan
pihak polis secara realitinya. Ada di antara tertuduh memberi maklumat seperti
itu setelah pihak polis memberi harapan yang berlebihan mereka, ada juga yang
memberi maklumat ini setelah dipujuk oleh pihak polis atau setelah dipaksa
untuk memberi maklumat kepadanya.
Pihak polis dan pihak pendakwaan
sering menggunakan maklumat yang diberikan oleh tertuduh ini sebagai keterangan
untuk mewujudkan satu kes prima facie dalam kes pendakwaan mereka walaupun
maklumat yang diberikan itu diperoleh setelah memberi satu janji kepada
tertuduh namun tidak pernah menunaikannya. Bagi orang biasa, mungkin mereka
melihat maklumat ini sebagai satu yang boleh diterima oleh mahkamah kerana
mereka tidak mengetahui status maklumat ini dan juga tidak mengetahui bagaimana
maklumat ini diperoleh. Bagi mereka cukuplah ada bukti atau keterangan daripada
tertuduh yang menunjukkan seolah-olah tertuduh memang melakukan kesalahan
jenayah terbabit.
Di sini, mari kita lihat
kedudukan maklumat ini berdasarkan seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Mungkin
artikel ini tidak akan menggambarkan secara keseluruhan bagaimana maklumat ini
diterima, namun artikel ini akan memberi sedikit gambaran bagaimana maklumat
sebegini boleh diterima oleh mahkamah atau sebaliknya. Seksyen 27 Akta
Keterangan 1950 memperuntukkan ;
GAMBAR SEKADAR HIASAN. TIADA KENA MENGENA DENGAN SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAU TELAH MENINGGAL DUNIA
“apabila sesuatu fakta dideposkan
sebagai telah didapati hasil daripada maklumat yang diterima daripada orang
yang dituduh melakukan kesalahan semasa dalam jagaan pegawai polis, maka sekian
banyak daripada maklumat itu yang jelas berhubungan dengan fakta yang didapati
secara demikian boleh dibuktikan sama ada maklumat itu terjumlah kepada
pengakuan salah atau tidak.”
Berdasarkan seksyen ini, sesuatu
maklumat yang diberi oleh tertuduh sama ada secara sukarela mahupun tidak atau
sama ada merupakan satu pengakuan salah atau tidak, tidak relevan dalam
menetukan keboleterimaannya. Apa yang penting adalah maklumat yang diberikan
itu secara jelas membawa kepada penemuan sesuatu objek akan membolehkan pihak
pendakwaan mengemukakan maklumat terbabit sebagai keterangan di bawah seksyen
27.
Walaupun, Sesuatu maklumat itu
diberi secara sukarela atau tidak, tidak menjadi masalah dalam menerima
keterangan ini dibawah seksyen 27 Akta keterangan, namun mahkamah sering
memberi amaran terhadap pelaksanaan pihak pendakwaan sekyen ini. Pihak mahkamah
masih perlu memastikan kredibiliti maklumat yang diberikan tertuduh ini sebelum
menerimanya di bawah seksyen 27 Akta Keterangan supaya ianya tidak terdedah
kepada penyalahgunaan. Dalam kes Pang Chee Meng v PP [1992] 1 MLJ 137,
Tun Hamid Omar LP, menyatakan;
“We are not suggesting that the
practice by the local police is the same as in India, nevertheless we are
firmly of the view that invoking section 27 the courts should ensure the
credibility of evidence by police personnel in respect of the section, which is
so vulnerable to abuse. In this case the police evidence was unsatisfactory and
created a doubt in the thoroughness of the police investigation.”
Walaupun jika dilihat, pihak
pendakwaan boleh mengemukakan maklumat tertuduh ini sebagai keterangan tanpa
perlu dilihat kepada faktor sukarela atau tidak, mahkamah masih berhati-hati
dalam menerima maklumat ini kerana hanya maklumat yang secara jelas membawa
kepada penemuan sesuatu “fakta” sahaja boleh diterima di bawah seksyen ini.
Dalam kes Shah
Rizan bin Sulong v PP, Mahkamah Rayuan dalam menolak penerimaan
maklumat di bawah seksyen 27 ini, menegaskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah
gagal untuk menyatakan di dalam alasan penghakimannya sama ada beliau menerima maklumat
perayu kepada SP6 dibawah seksyen 27 Akta Keterangan atau di bawah seksyen 37A
Akta Dadah Berbahaya 1952. Hakim Mahkamah Rayuan memetik penghakiman oleh James
Foong HMR di dalam kes Y Jeyamuraly Yesiah v. PP [2007] 5 CLJ 605, dimana James
Foong HMR menyatakan ;
“Tidak
ada apa-apa rujukan sama ada secara langsung atau sebaliknya oleh hakim bicara
di dalam alasan penghakimannya yang menunjukkan bahawa beliau telah
menerima-masuk keterangan berkenaan di bawah seksyen 27 EA. Jika beliau berbuat
demikian, eliau tentu akan membuat satu dapatan positif di dalam alasan
penghakimannya berkaitan maklumat yang diterima yang membawa kepada penemuan
fakta yang dikatakan. Dan untuk mencapai keputusan sedemikian, beliau tentu
akan menyelidik soalan yang ditanyakan oleh pegawai polis yang membawa kepada
maklumat yang didedahkan itu. Ini perlu bagi memastikan bahawa maklumat yang
diterima ada hubungkait dengan soalan yang ditanya. Oleh kerana tiada petunjuk
bahawa langkah berhati-hati sedemikian diambil oleh hakim bicara, maka beliau
tidak menerima keterangan berkenaan melalui seksyen 27 EA.”
Jika dilihat pada penghakiman ini, walaupun
hakim menyatakan tiada sebarang rujukan oleh mahkamah sebelumnya mengenai
penerimaan maklumat di seksyen 27 Akta Keterangan, namun di sebalik keputusan
itu adalah, hakim menegaskan bahawa kegagalan hakim mahkamah sebelum itu untuk
memeriksa sama ada soalan yang ditanyakan oleh pihak polis membawa kepada
maklumat yang didedahkan itu, menyebabkan maklumat itu tidak boleh diterima di
bawah seksyen 27. Ini kerana tidak dibuktikan bawah soalan polis kepada
tertuduh yang membawa kepada maklumat yang didedahkan itu.
Dalam kes ini juga, hakim telah menyatakan
bahawa;
“
Hakim Mahkamah Tinggi telah gagal untuk mengarahkan diri beliau tentang faktor
prejudis atau harapan yang berlebihan (legitimate expectation) yang telah
diberikan oleh SP6 sebagai seorang yang berkuasa. Tidak
dinafikan bahawa tidak wujud keterangan bahawa perayu berada dalam ketakutan
pada masa itu tetapi, pada hemat kami, HMT telah terkhilaf
apabila gagal mengarahkan diri beliau terhadap keadaan minda perayu yang pada
masa itu telah ditangkap dan di bawah tahanan polis.”
Mahkamah rayuan turut memutuskan bahawa
penerimaan maklumat perayu oleh HMT melalui cara yang SP6 gunakan adalah satu
cara yang menindas dan bertentangan
dengan taraf-taraf kewajaran.
Dalam kes, PP lwn. MAZLAN MUSTAFFA, hakim
Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan tertuduh untuk menerima maklumat daripada
tertuduh di bawah seksyen 27 Akta Keterangan atas alasan (1) beliau mendapati keterangan itu telah diperolehi secara
'menindas dan melalui pujukan' dan (2) beliau mencurigai bahawa ayat dalam P43
tersebut adalah perkataan-perkataan atau maklumat daripada tertuduh.
Edgar Joseph Jr SCJ di dalam kes Hasibullah
bin Mohd Ghazali v. Public Prosecutor [1993] 4 CLJ 535, menyatakan bahawa ;
“(5)
Sekalipun diandaikan yang perayu telah membuat pengakuan yang didakwa itu,
Hakim perbicaraan yang bijaksana tersebut telah tersilap apabila memutuskan
bahawa pengakuan tersebut dibuat secara sukarela di mana dalam memutuskan yang
tertuduh mestilah menunjukkan yang dia diletakkan di bawah ketakutan untuk membolehkan
pernyataan tersebut berhasil, Hakim yang bijaksana tersebut telah
menterbalikkan beban membukti dan tidak memperdulikan keperluan bahawa pihak
pendakwa perlu membuktikan di luar keraguan yang munasabah bahawa pengakuan
tersebut
adalah dibuat secara sukarela.
(6)
Dalam memutuskan sama ada atau tidak sesuatu pernyataan yang dibuat oleh
seseorang tertuduh diperolehi daripadanya sama ada secara ketakutan atau
prejudis atau harapan kelebihan diamalkan atau diberikan oleh seseorang yang
berkuasa, yang penting sekali ialah keadaan minda tertuduh. Hakim yang
bijaksana tersebut dalam memutuskan bahawa perayu tidak berada dalam ketakutan
yang sepertinya yang dikecualikan oleh undang-undang daripada menerima
pernyataannya, telah mengecualikan daripada pertimbangan beliau akan keadaan
minda perayu dari segala kelemahan dan ketabahan dan sebaliknya menghadkan
tumpuan beliau kepada niat Giam.”
Jadi, bagaimana maklumat yang diberikan oleh
tertuduh boleh diterima sebagai keterangan di bawah seksyen 27 Akta Keterangan?
Dalam kes Shah Rizan bin Sulong v PP, mahkamah rayuan telah menetapkan
beberapa prayarat kepada pihak pendakwaan sebelum menerima maklumat yang
diberikan oleh tertuduh di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950. Antara syarat
yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan adalah;
1)
Membuktikan perkataan sebenar soalan yang diutarakan
oleh pihak polis kepada pesalah,
2)
Membuktikan jawapan sebenar pesalah yang diberikan
kepada pihak polis.
Dalam kes PP lwn. MAZLAN MUSTAFFA, mahkamah rayuan telah menyatakan
bahawa;
“Adalah suatu prinsip
undang-undang yang mantap bahawa untuk bergantung kepada maklumat di bawah s.
27 Akta Keterangan, pernyataan itu mestilah dibuat oleh tertuduh sendiri dalam
bahasanya sendiri. Perkataan-perkataan yang diucapkan oleh tertuduh haruslah
dibuktikan dengan tegasnya dan tidak seharusnya diubah dengan kata-kata lain.”
Berdasarkan dua kes di atas, secara jelas
untuk menerima maklumat yang diberikan oleh tertuduh, pihak pendakwaan perlu
memastikan bahawa penyataan yang dibuat adalah penyataan yang dibuat sendiri
oleh tertuduh dan tidak ditambah oleh pihak polis atau pihak pendakwaan.
Kegagalan pihak pendakwaan untuk membuktikan
penyataan yang dibuat adalah penyataan yang dibuat oleh tertuduh akan
menyebabkan maklumat terbabit tidak boleh diterima di bawah seksyen 27 Akta
Keterangan 1950. Ini dapat dilihat dalam penghakiman oleh Gopal Sri Ram HMR
dalam kes Hasamudin Talena v PP [2002]
2 CLJ 504 di mana hakim memutuskan bahawa;
“yang
diperkatakan telah dibuat oleh perayu ketika beliau disoal siasat dan ditempat
di mana dadah tersebut dijumpa masing-masingnya telah tidak dituliskan sebaik
sahaja ianya boleh dipraktikkan. Berhubung kenyataan pertama, tidak terdapat
sebarang alasan bagi kegagalan interogator untuk mencatatkan soalan-soalan yang
dikemukakan dan jawapan-jawapan yang diterima daripada perayu sama ada ketika
disoal siasat atau sejurus selepas itu. Berhubung kenyataan kedua, interogator
tersebut sepatutnya telah mencatatkannya secara bertulis dalam diari beliau
sebaik sahaja beliau kembali daripada tempat jenayah. Pensabitan perayu yang berdasarkan
kepada kedua-dua kenyataan ini, adalah dengan itu sesungguhnya tidak selamat.”
Berdasarkan huraian yang dibuat di atas, dapat
disimpulkan bahawa untuk memastikan maklumat yang diperoleh daripada tertuduh
boleh diterima di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950, beberapa perkara perlu
dipenuhi oleh pihak pendakwaan iaitu;
1)
Membuktikan perkataan sebenar soalan yang diutarakan
kepada tertuduh,
2)
Membuktikan perkataan sebenar jawapan yang diberikan
tertuduh kepada pihak polis,
3)
Maklumat tidak diperoleh dengan cara menindas,
4)
Maklumat perlu diperolehi dengan tidak melampaui
taraf-taraf kewajaran.
Semoga artikel ini dapat membantu masyarakat
memahami mengapa sesuatu maklumat yang diberi oleh tertuduh tidak boleh
mensabitkan tertuduh dengan kesalahan walaupun ianya seolah-olah menunjukkan
tertuduh telah melakukannya. Semoga informasi ini dapat memberi pemahaman
kepada masyarakat supaya tidak bersikap
prejudis terhadap sebarang penghakiman yang diberikan oleh mahkamah dan supaya
pihak polis lebih berhati-hati dalam mendapatkan maklumat daripada tertuduh.
Posted on Thursday, December 20, 2012
KONSPIRASI DIBUKTIKAN DALAM KETERANGAN KES
KONSPIRASI DIBUKTIKAN
DALAM KETERANGAN KES
Apa itu KONSPIRASI?
Kemasukan entri ini adalah bagi membincangkan dan membuka ruang pengetahuan kepada masyarakat tentang pakatan-pakatan dalam salah laku yang bertentangan dengan undang-undang atau lebih dikenali sebagai satu konspirasi. Konspirasi
ialah satu kombinasi atau persetujuan antara dua orang atau lebih untuk
melakukan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang atau satu perbuatan yang
sah tetapi melalui cara yang salah di sisi undang-undang.
Konspirasi dan
undang-undang
1.
Seksyen
120A kanun Keseksaan
“Apabila
dua orang atau lebih daripada dua orang bersetuju melakukan, atau menyebabkan
supaya dilakukan—
(a) Suatu
perbuatan yang menyalahi undang-undang;atau
(b) Suatu
perbuatan, yang tidak menyalahi undang-undang, dengan jalan menyalahi
undang-undang,
Maka
persetujuan yang demikian itu adalah dinamakan pakatjahat jenayah.
2.
Seksyen
10 Akta Keterangan 1950 (Akta 56)
“Jika
ada alas an yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah
berkomplot bersama-sama hendak melakukan satu kesalahan atau suatu perbuatan
salah boleh didakwa, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis
oleh salah seorang daripada orang-orang itu berkenaan dengan niat bersama mereka
selepas niat itu mula-mula diterima oleh salah seorang daripada mereka, adalah
suatu fakta relevan terhadap tiap-tiap seorang yang dipercayai berkomplot
sedemikian, serta juga bagi maksud membuktikan adanya komplot itu dan juga bagi
maksud menunjukkan bahawa mana-mana orang itu telah menjadu pihak dalamnya.”
Huraian-
Pemakaian
prinsip konspirasi ini bukan sahaja terpakai dalam prosedur jenayah tetapi juga
dalam sivil yakni undang-undang tort. Secara ringkasnya, dalam membuktikan
adanya konspirasi, perlulah ada alasan yang munasabah bahawa individu-individu
yang dimaksudkan berpakat untuk melakukan satu kesalahan di bawah
undang-undang. Pembuktian haruslah berdasarkan niat mereka bersama melalui
penyataan yang dibuat oleh salah seorang daripada mereka.
Konspirasi di bawah
undang-undang Inggeris
Undang-undang
Inggeris memperuntukkan satu penyataan atau perbuatan yang patut dikatakan atau
dilaksanakan dalam satu tujuan yang sama. Berbeza dengan seksyen 10 di atas
yang memperuntukkan niat yang sama. Seksyen 10 adalah dilihat lebih luas makna
pemakaiannya berbanding undang-undang Inggeris di mana ianya boleh lagi
diterima mahkamah walaupun selepas pelucutan kewujudan konspirasi dalam suatu
kes.
Dalam
pendakwaan suatu kes, adalah penting untuk mengemukakan bukti-bukti yang
diperoleh oleh pihak pendakwaan daripada sekurang-kurangnya salah seorang
daripada pengkomplot dan bukti-bukti itu boleh digunapakai bagi mendakwa
terhadap pengkomplot-pengkomplot yang lain. (R v Blake & Tye (1884) 6 QB).
Sebagai
contoh, Hakim telah memutuskan dalam kes Mirza Akbar v Emperor AIR 1940 P.C.
176, di mana tiada niat bersama dibuktikan dalam pembunuhan seorang lelaki
bernama Ali Akbar iaitu suami kepada Mehr Ali Akbar yang merupakan salah
seorang suspek dalam konspirasi yang didakwa itu. Umar Sher yang ditangkap
serta-merta selepas melepaskan tembakan kea rah si mati dan melarikan diri
sebelum ditangkap mendakwa diupah oleh Mirza Akbar dan mengemukakan beberapa
pucuk surat cinta antara Mirza Akbar dan Mehr Ali Akbar. Mahkamah telah
memutuskan di bawah seksyen 10, tidak wujud niat bersama dan penyataan yang
dikemukakan itu tidak relevan.
Aplikasi isu konspirasi
di bawah seksyen 10 UU Keterangan Malaysia
Pemakaian
undang-undang Inggeris tidak dilaksanakan di Malaysia tetapi sebaliknya Hakim
dalam perbicaraan lebih cenderung membincangkan seksyen 10 dalam statut India
di mana ianya pari material (mempunyai persamaan) dengan seksyen 10 Akta
Keterangan 1950. Adalah diputuskan oleh Ketua Hakim Thompson di Mahkamah
Persekutuan dalam kes Khalid Panjang & Ors v PP [1964] MLJ 108 di mana
hakim di mahkamah rendah telah khilaf dengan enggan menerima alasan di bawah
kes Mirza Akbar dan telah menyatakan bahawa keputusan kes Mirza itu mengikat
mahkamah dan prinsip-prinsip yang diguna pakai jelas terpakai dalam kes Khalid
Panjang ini seperti dalam kes Mirza Akbar, bahawa persoalan mengenai bukti
dalam bentuk penyataan salah seorang pengkomplot dibuat selepas konspirasi itu
adalah lengkap.
Hasil Nukilan Muhamat Sapawi Bin Md Noh ( A126940 ).
Posted on Monday, December 17, 2012
Evidence!
What is evidence? People might hear this
word but the truth is they don’t know what the exact meaning of evidence is.
Evidence is derived from the Latin Word “evident evideria” which means that “to
show clearly”, “to make clear”, “to discover clearly”, “to make plainly certain”,
“to ascertain” and also “to prove”. In the other words, evidence is a piece of
information that supports the conclusion. In Malaysia, the law that governs
evidence is Evidence Law 1950.
Evidence can be in any form which as
stated below:
a) Direct Evidence
It is evidence which immediately
establishes the very fact in issue. Apart from that, direct evidence also
establishes a particular fact without the need to make any inference in order
to connect the evidence to the fact. For direct evidence, the most commonly
known as one of the direct evidence is eyewitness testimony where the witness
describe exactly what he saw, heard and experienced. The direct evidence is the
most admissible evidence and will be accept by the court.
b) Circumstantial Evidence
It is evidence that may be defined as any
fact from the existence of which the judge may infer the existence of a fact in
issue. Circumstantial evidence is different with direct evidence where it requires an inference to be made in order to establish
a fact and not the evidence direct to the issue. There are few cases
which show how the circumstantial evidence being used. In the case of Bakshish
Singh v The State of Punjab, the court stated that:
“In a case
resting on circumstantial evidence, the circumstances put forward must be
satisfactory proved and those circumstances should be consistent only with the
hypothesis of the guilt of the accused. Again those circumstances should be of
a conclusive nature and tendency and they should be such as to exclude every
hypothesis but the one proposed to be proved. In other words, there must be a
chain of evidence so far complete as not to leave any reasonable ground for a
conclusion consistent with the innocence of the accused and it must be such as
to show that within all human probability the act must have been done by the
accused.”
In this
case, it is clearly that the circumstantial evidence that had been brought as
evidence should be a strong evidence and consistent in order for it is been
accepted by the court. The circumstantial evidence is like a strand of rope. If
one of it being cut off, the strength of the rope can be still strong if the
weight of the ropes that had been cut off is a minor one. This is how the
circumstantial evidence is being illustrated.
c) Real Evidence
It is evidence in material form produced
before the court so as to enable the court to draw its own conclusion or
inference by using its own senses. In a simple word, real evidence is evidence
that is a tangible object and is often used interchangeably with physical
evidence to describe objects that are used to prove or disprove arguments in
trial or at a hearing. For examples, tapes, photographs and films may form the
real evidence. In the case of Lee It Leo
v R, the court stated that where real evidence is adduce by the prosecution as
an exhibit it is necessary for it to show the full history of that exhibit from
the time it first came into police custody until it is produced in court. Based
on this case, it shows that the real evidence is important for the court to
know everything about it before make it as admissible evidence.
e) Primary Evidence
It is evidence which under every possible
circumstance affords the greater certainty of the facts in question. It is also
refers to the best evidence which under any possible circumstances, affords the
greatest certainty to the facts in question. Under section 62 of the Evidence
Act 1950, primary evidence means the document itself produced for the
inspection of the court. For example, the primary evidence is when a document
is produced to be inspection of its existence and contents and the prosecution
is required to prove the contents of the document. The document will be considered
as the primary evidence if it is the first document being served by the
prosecution in his case. In common law, the primary evidence is always being
relied as the best evidence and that is why in the common law cases, the judge
will used the terms of best evidence rather than primary evidence.
In the case of Omychund v Barker, Lord
Hardwicked stated the rule of best evidence as follows;
“The Judges and sages of the law have
laid it down that there is but one general rule of evidence, the best that the nature
of case will admit.”
Apart from that, the rule had been stated
too in the case of KPM Khidmat Sdn Bhd v Tey Kim Suie which Mohamed Dzaiddin
SCJ stated that:
“It is a well-established rule of
evidence that when documentary evidence is tendered, primary evidence of the
said document must be adduced except in the cases under section 65 of the
Evidence Act 1950. According to Sarkar on Evidence, (14th Ed, 1993)
at page 961, when a given matter has been expressed provision of section 65,
the writing, unless by the other side, must be produced if it is desired to
prove the matter express it.” In this case, the document will be the primary
evidence by the prosecution.
Basically, primary evidence provides direct or
firsthand evidence about an event, object, person or work of art and
contemporary to the events and people described.
f) Secondary Evidence
It is evidence which is admitted in the
absence of primary evidence. For example, if the original document is lost, it
is good to have a copy and the copies of the document are known as secondary
evidence. The secondary evidence is stated in the section 63 of the Evidence Act
1950. There are five different types of secondary evidence which are:
a) Certified copies
b) copies made by mechanical processes
and copies compared with such copies
c) Copies made from or compared with the
original
d) Counterparts
e) Oral account of contents of documents.
This five types of form of evidence will
be the guideline for the prosecution to tendered it to the court and as
mentioned above, it will always be the discretion of the court to accept it or
not.
However, the types of the secondary
evidences stated above are not exhaustive. In the case of Smt Lachcho v Dwari
Mal, the document tendered to the court does not falls within any of the
clauses of section 63. In this case, it was held that a draft notice from which
a final notice was prepared is admissible ad secondary evidences. The judge in
this case noticed that there is none of the types of the secondary evidences
suitable with the draft. Hence, in his opinion, the draft is being copied to
prepare the fair copies and it is usually the faithful reproduction of the
draft which is finally given shaped of the documents. The judge used the clause
3 of the section which the draft notice is being used to compare with the fair
ones. Even though there may not be direct evidence of the fact that the counsel
had compared the draft with the final notice, yet from the very process by
which the final notice was prepared, it must be deemed that it was so done
which automatically compared it with the draft notice.
In
conclusion, in order to tender the evidence to the court, it is important for
the person to categorize first the evidences that he had and after that, adduce
it to the court with the correct path. It is an important knowledge for the
prosecutor because by tendering the evidences to the court will give the effect
to his case whether he win or loss. Think wisely lawyers! Identified the issue
first and bring the relevant evident to support your case.
Posted on Monday, December 17, 2012
Bahagian Pertama Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 : Motif dan Persediaan
Bahagian
Pertama Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 : Motif dan Persediaan
Res Gestae
Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 ini asalnya adalah daripada prinsip
res gastae daripada Common Law. Ia melibatkan tiga prinsip iaitu
- Motif
- Persediaan
- Perbuatan
Bahagian pertama seksyen ini berkait
rapat dengan kerelevanan motif dan persediaan manakala keduanya pula berkaitan
dengan kerelevanan perbuatan. Kes Thiangiah
& Anor v PP [1977] 1 MLJ 79 telah menyatakan bahawa :
“Terdapat empat peringkat dalam
setiap jenayah. Pertamanya niat untuk melakukan jenayah, keduanya ialah
persediaan untuk melakukannya, ketiga ialah cubaan untuk melakukannya dan
terakhir ialah pelakuan jenayah yang sebenar. Pembentukan niat semata-mata
untuk melakukan jenayah dan membuat persediaan untuk melakukan jenayah adalah
bukan perlakuan jenayah dan tidak dihukum di bawah undang-undang”.
Daripada kes ini dapat
disimpulkan bahawa seksyen 8 ini hanya boleh digunakan bagi membantu sesuatu
kes jenayah untuk dibuktikan, bukan untuk membuktikan bahawa dengan adanya niat
dan persediaan untuk melakukan jenayah, seseorang sudah boleh dihukum dengan
hukuman tertentu di bawah undang-undang.
Seksyen 8 ini juga telah
dipertimbangkan di dalam kes PP v. Peter
Kong [2007] 5 MLJ 567 oleh Hamid Sultan JC. Mahkamah telah memutuskan
bahawa :
“It is not appropriate to
introduce a document which will tend to implicate the bad character of the
accused as well as to show that he was involved in another offence. To some
extent the law of evidence in relation to motive permits the court allow evidence
to show the alleged motive for a crime even though such evidence may suggest
the commission of another crime by the accused. This is captured in s.8 of the
Evidence Act 1950 (EA). Under s.8, the following facts are relevant namely :
(i) facts which show motive; (ii) facts that reveal preparation; (iii) facts
which divulge previous or subsequent conduct of any person, provided if it is
influenced by any fact in issue or relevant fact; )iv) statement accompanying
and explaining acts; (v) statements made in the presence and hearing of a
person whose conduct is relevant provided the statement affects such conduct.
When a case depends entirely upon circumstantial evidence, the issue as to
motive becomes important”.
Kes ini menerangkan bahawa
seksyen 8 ini merupakan seksyen yang amat penting kerana apabila sesuatu kes
jenayah yang hanya bergantung kepada keterangan hal keadaan, fakta isu mengenai
motif adalah amat penting untuk dititikberatkan.
Seksyen 8 Akta Keterangan 1950
Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian.
( 1) Sesuatu
fakta adalah relevan jika ia menunjukkan atau menjadi motif atau persediaan
bagi sesuatu fakta isu atau fakta relevan.
( 2) Kelakuan
sesuatu pihak atau kelakuan seseorang ejen kepada sesuatu pihak dalam sesuatu guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau
berkenaan dengan sesuatu fakta isu dalamnya atau yang relevan dengannya, dan
kelakuan seseorang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara sesuatu
prosiding, adalah relevan jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh
sesuatu fakta isu atau fakta relevan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu
atau kemudian daripadanya.
Huraian 1 – perkataan “kelakuan” dalam
seksyen ini tidak meliputi pernyataan melainkan jika pernyataan itu menyertai
dan menghuraikan perbuatan-perbuatan lain daripada pernyataan-pernyataan;
tetapi huraian ini tidak akan menjejaskan kerelevanan pernyataan-pernyataan di
bawah mana-mana seksyen lain dalam Akta ini.
Fakta-fakta berikut adalah
relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 :
- Fakta yang menunjukkan motif
- Fakta yang menunjukkan persediaan
- Fakta yang menunjukkan perbuatan sebelum atau selepas seseoran, dengan syarat ia dipengaruhi oleh mana-mana fakta isu atau fakta relevan
- Pernyataan yang mengiringi dan menjelaskan tindakan (rujul huraian 1
- Pernyataan yang dibuat dalam kehadiran dan pendengaran orang yang kelakuannya adalah relevan, dengan syarat pernyataan tersebut member kesan kepada kelakuan tersebut (rujuk huraian 2)
Motif
Apakah maksud motif? Motif adalah
sesuatu yang mendorong sesroang melakukan sesuatu tindakan. Setiap tindakan
sukarela mempunyai motifnya yang tersendiri. Motif dan niat mestilah dibezakan.
Niat adalah keputusan seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan itu atau
tidak manakala motif pula ialah sebab seseorang membuat keputusan itu. Sebagai
contoh, seorang abang yang anak yatim mencuri sebuku roti di kedai, niatnya
adalah untuk mencuri, tetapi motifnya adalah untuk memberi makan adiknya yang
sedang kelaparan. Jadi, motif boleh juga dikaitkan dengan emosi yang membawa
kepada tindakan tersebut. Ia adalah fakta psikologi yang boleh dibuktikan
melalui tindakan tertuduh. Walaubagaimanapun, adalah tidak selalu mungkin untuk
menemui motif disebalik sesuatu tindakan itu tetapi ia tidaklah bermaksud
bahawa motif tersebut tiada.Bukti motif adalah relevan dan berguna di dalam kes
jenayah. Bagi kes jenayah yang mana keterangannya adalah terus dan buktinya
adalah jelas bahawa tertuduh melakukan jenayah tersebut, persoalan motif
menjadi tidak relevan untuk menahan tangkapan dari dilakukan. Tetapi apabila
sesebuah kes itu hanya bergantung kepada keterangan hal keadaan, motif menjadi
sesuatu yang amat penting dalam membuktikan perbuatan jenayah tersebut.
Di dalam kes Nath Singh v R 1949 Madras Law Journal 297, telah diputuskan bahawa
keterangan yang menunjukkan motif yang didakwa dalam jenayah adalah diterima
walaupun keterangan tersebut menunjukkan perlakuan jenayah lain yang dilakukan
oleh tertuduh. Di dalam kes ini, tertuduh telah dibicarakan kerana membunuh
Karnail Singh. Keterangan telah menunjukkan bahawa Karnail Singh telah memeras
wang daripada tertuduh kerana mangsa tahu bahawa tertuduh telah membunuh
seseorang yang bernama Bhan Singh. Fakta ini telah diterima bagi menunjukkan
motif pembunuhan tersebut. Walaubagaimanapun, adalah ditegaskan bahawa motif
adalah tidak diterima di dalam situasi yang mana ia menunjukkan bahawa tertuduh
mungkin telah melalukan perbuatan jenayah itu. Selanjutnya, motif untuk
menyimpulkan perlakuan jahat tertuduh pada masa lampau adalah tidak diterima di
bawah seksyen 54 Akta Keterangan 1950.
Di dalam satu lagi kes, Boota Singh v PP [1933] 2 MLJ 195,
mahkamah memutuskan bahawa laporan polis yang lama adalah diterima di bawah
seksyen 8 untuk membuktikan motif untuk perlakuan jenayah yang selanjutnya.
Terrel Ag CJ menyatakan :
“In this case a report made by the deceased against the prisoner nine
months before the murder was admitted in evidence by the trial Judge, as
showing a motive for the crime. Counsel for the appellant argued. (a) that the
report was inadmissible under any section of the Evidence Ordinance, and (b)
that if it was wrongly admitted, it must have influenced the whole course of
the trial, and that the accused was entitled to an acquittal.
The report was, however, put forward by the prosecution as showing or
constituting motive under s.8. it indicated that the deceased was on bad terms
with the accused, and supported the oral evidence to the same effect. The
conduct of the deceased in making a report a against the accused is made
relevant by the express terms of s.8. Generally speaking , a statement is not ‘conduct’ within the
meaning of the section, but in this case the statement accompanied and
explained the deceased’s act in making the report. It is accordingly expressly
admissible in terms of Explanation (i) of s.8.
Mahkamah Persekutuan di dalam kes
Wong Foh Hin v PP [1964] MLJ 149
telah membenarkan hubungan sumbang
mahram di antara tertuduh (bapa) dengan si mati (anak perempuan) untuk
membuktikan motif pembunuhan. Di dalam kes ini, perayu telah ditangkap atas
kesalahan membunuh anak perempuannya. Keterangan telah diterima semasa
perbicaraan yang mana 3 bulan sebelum kematian anak perempuannya, isterinya
telah membuat aduan kepada Ketua Kampung bahawa tertuduh telah ‘mengganggu’
anak perempuannya dan perkara itu telah ditutup oleh ketua kampong dengan member
amaran jika kejadian itu berlaku lagi, beliau akan membuat laporan kepada
polis. Semasa di peringkat rayuan, persoalan pokok yang menjadi isu ialah sama
ada keterangan kejadian di atas dan juga keterangan kejadian yang sama sebelum
kematian anak perempuannya diterima dengan cara yang betul. Perayu berhujah
bahawa “(i) keterangan tentang hubungan sumbang mahram antara perayu dan anak
perempuannya terjumlah kepada keterangan perlakuan jahat, oleh itu ia tidak
boleh diterima; (ii) dan sebagai alternative jika ia diterima, hakim
perbicaraan patut menjalankan kuasa budi bicaranya untuk tidak memasukkan ia
atas alasan ia akan memprejudis dan mengurangkan nilai probative keterangan
tersebut. Ia tidak boleh diterima dengan sewenangnya kerana ia cenderung untuk menunjukkan
perlakuan jahat atau perlakuan kesalahan yang lain”. Mahkamah telah menyatakan
bahawa di dalam kes ini, oleh kerana hanay terdapat keterangan hal keadaan
dalam kes bunuh ini, maka keterangan motif yang kuat dan mempengaruhi akan mempunyai nilai keterangan yang amat
tinggi. Selanjutnya, mahkamah menyatakan bahawa hakim perbicaraan adalah betul
dalam melaksanakan tugasnya untuk tidak menggunakan kuasa budi bicaranya dalam
tidak memasukkan keterangan mengenai hubungan sumbang mahram tersebut atas
alasan bahawa keterangan tersebut akan memberi kesan prejudis yang akan memudaratkan nilai keterangannya.
Sebagai kesimpulan, Hakim telah
menerima keterangan perlakuan jahat tersebut untuk membuktikan motif pembunuhan
kerana bukti-bukti yang ada untuk membuktikan kes ini hanyalah keterangan hal
keadaan, oleh itu motif adalah amat penting bagi membuktikan kes ini.
PERSEDIAAN
Ia adalah tindakan yang membawa
kepada perlakuan jenayah. Secara amnya, persediaan adalah bukan perbuatan
jenayah. Walaubagaimanapun, sekali telah perbuatan jenayah telah dilakukan,
fakta bahawa tertuduh telah melakukan persiapan menjadi fakta yang relevan di
bawah s.8 ini. Tambahan pula, persediaan motif juga adalah relevan di bawah
bahagian pertama seksyen ini. Bukti yangmenunjukkan bahawa tertuduh membuat
persediaan untuk melakukan jenayah adalah diterima (lihat misalan c dan d).
Perlasanaan jenayah boleh dibahagikan kepada empat peringkat :
- Niat
- Persediaan
- Percubaan
- Perlaksanaan sebenar
Apabila seseorang mempunyai niat
untuk melakukan jenayah, dia tidaklah berada di bawah tanggungan jenayah. Walaubagaimanapun
selepas dia mempunyai niat untuk melakukan jenayah, jika dia bergerak ke
peringkatyang kedua sebagai contoh, dia membeli peralatan untuk membunuh. Ini
adalah merupakan dengan jealasnya adalah peringkat persediaan. Pada peringkat
ini, seseorang itu masih tidak boleh menanggung tanggungan jenayah. Terdapat beberapa
kes seperti kes hasutan yang mana seseorang sudah boleh dipertanggungjwabkan
dengan tanggungan jenayah walaupun masih diperingkat persediaan. Tanggungan undang-undang
hanya akan muncul pada peringkat ketiga dan keempat. Di dalam kes Mohan Lal v Emperor AIR (1937) Sind.239,
tertuduh telah didakwa atas kesalahan menipu dalam mengimport barangan tanpa
membayar cukai dengan menipu pihak berkuasa. Bukti bahawa tertuduh pernah
melawat pelabuhan dengan tujuan cuba untuk membuat suatu perkiraan dimana
tertuduh boleh mengimport barang tanpa membayar cukai diputuskan oleh mahkamah
adalah keterangan yang diterima di bawah seksyen ini.
Sebagai kesimpulan, bahagian
pertama dalam seksyen 8 ini merangkumi motif dan persediaan dalam melakukan
sesuatu perbuatan lazimnya perbuatan jenayah. Motif menjadi fakta yang relavan
apabila kes hanya melibatkan keterangan hal keadaan bagi membuktikan kes
tersebut manakala persediaan menjadi relavan bagi membuktikan bahawa tertuduh
mempunyai motif dalam melakukan perbuatan jenayah. Secara ringkasnya, motif dan
persediaan adalah perkara yang saling berkaitan dalam perlakuan jenayah.
Posted on Sunday, December 16, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)